SJ-06-0051 : Solat Jamak dan qasar di Kuala Lumpur

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0051 : Solat Jamak dan qasar di Kuala Lumpur

Saya bekerja di kuala lumpur dan menetap di gurun kedah. setiap minggu saya akan pulang ke gurun pada hari jumaat petang dan kembali atau tiba di kuala lumpur pada subuh isnin dan terus kepejabat, Di kl saaya hanya menyewa bilik hanya semata-mata untuk tidur dan mandi sahaja, Adakah saya boleh sembahyang secara jamak dan qasar semasa berada di kuala lumpur?

SJ-06-0051 : Solat Jamak dan qasar di Kuala Lumpur

:wassalam

al-Jawab:

Mengikut Fiqh Madzhab, antaranya Syafi'iyah, anda dianggap bermukim di KL kerana menetap melebihi 4 hari 4 malam dan dilakukan secara konsisten (Isnin-Juma'at). Anda dibenarkan jama'/qasr hanya semasa dalam perjalanan sahaja. Bila tiba di destinasi tetap (Gurun) dan destinasi bermukim utk bekerja (KL), maka gugurlah hukum solat safar menurut ketetapan dalam madzhab Syafi'iy (Zakariya Ansari, syarh Raudhz atThalib, 1/236)

Jika anda ingin mengikut pendapat Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dan Ibn Hazm, tidak sesuai dgn realiti Malaysia kerana anda akan hilang kesempatan bersama solat berjama'ah dgn komuniti di sekitar pejabat anda dan tempat anda menyewa bilik. [U/P: Pendapat Ibn Taymiyah membolehkan anda menqasar solat tanpa perlu mengambil kira faktur jarak (KM/perbatuan), status bermukim dan berapa lama anda menetap] WA