salam
sy dh search arkib dan bc mcm2 cara doa nabi dari waktu perang hingga ke solat jumaat.
kesimpulan nya saya konpius.
bila masa nak angkat tangan,bila x nak angkat tangan dan doa selepas solat.
semua tu bikin kopius.
ok,cth:
bila sy menjaringkan gol kemenangan ke atas brazil dlm perlawanan final piala dunia 2010, dan time tu sy nak berdoa kesyukuran(mengucapkan kesyukuran),ape yg sesuai masa tu,tadah tangan atau bc dlm hati je?
cth lain:
hujan turun dgn lebatnya,dan ade hadis kata berdoa time hujan turun ade can makbul,perlukah sy berdoa angkat tangan atau bc berdoa dlm hati je?
cth lain:
lepas amik wuduk,ade doa slps wuduk.bc dgn tadah tangan atau bc dlm hati je?
cth lain:
ayam tengah berkokok pukul 4 pagi,org tua2 cakap malaikat sedang tukar shift(eh malaikat pun ade shift ke? macam pekerja kilang samsung lah pulak) dan doa time ayam bekokok ade can dimakbulkan tuhan.perlukah sy angkat\tadah tangan berdoa atau berdoa dlm hati je?
sebenarnya bila kalanya kita berdoa angkat tangan dan bila kalanya berdoa dlm hati?
harap tuan dapat serta kan dalil dari nabi mengenai masalah\contoh yg diutarakan di atas.
ringkas2 pun xpe asalkan sy faham dan dapat memahamkan org lain insya allah.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan saudara sekadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Berikut adalah petikan dari jawapan dahulu mengenai hukum mengangkat tangan ketika berdo'a.
Secara ringkasnya, mengangkat tangan semasa berdo'a adalah sebagai sunnah mencontohi Nabi :saw. Ada beberapa keadaan yang Nabi :saw mengangkat tangan, iaitu ketika didalam solat :-
a. Berdo'a semasa solat minta hujan (istisqa').
b. Berdo'a ketika membaca Qunut
Terdapat juga didalam situasi dimana baginda tidak mengangkat tangan ketika berdo'a, cuma menggunakan jari telunjuknya sahaja ketika berdo'a semasa berkhutbah.
Selain dari situasi berdo'a diatas, iaitu berdo'a diluar ibadat khusus, mengangkat tangan adalah digalakkan (mustahab) sahaja. Jika tidak mengangkat tangan ketika berdo'a selain dari situasi diataspun tidak mengapa. Contohnya : berdo'a ketika membawa kereta, dsb.
Sekian, wassalam
خيرالأمين
Kedudukan suara semasa berdo'a
Mengenai samada baca do'a dalam hati atau perlu dilafazkan, Imam al-Syafie rh. didalam al-Umm (1/127) ada menjelaskan bahawa do'a dibaca dengan kuat sebagai mengajar makmum. Bagi situasi biasa, Allah swt berfirman :-
Ini merujuk kepada do'a (Allah yang mengetahui sebenarnya), dimana ia dibaca tidak secara kuat dan tidak terlalu perlahan dimana anda tidak mendengar suara anda.
Syeikh Jamal al-Din al-Qasimi rh mengatakan bahawa adab berdo'a ialah merendahkan suara (lihat - Islaah al-Masaajid min al-Bida’ wa al-‘Awaa’id, ms. 154), sebagaimana firman Allah swt :-
Kesimpulannya, do'a hendaklah dibaca sekadar didengari oleh diri sendiri, bukanlah didalam hati. Keadaan suara yang berbisik-bisik ini menimbulkan kekhusyukkan dan merendah diri apabila memohon kepada Allah swt. WA.
wassalam
خيرالأمين