:salam
Saya ingin bertanya tuan, bolehkah kita membaca al-Quran secara berlagu. Adakah nas-nas dari hadith yang membolehkan kita membaca berlagu. Tolong tuan jelaskan.
Moga dirahmati Allah semua.
Sumber Rujukan Islam Anda..
:salam
Saya ingin bertanya tuan, bolehkah kita membaca al-Quran secara berlagu. Adakah nas-nas dari hadith yang membolehkan kita membaca berlagu. Tolong tuan jelaskan.
Moga dirahmati Allah semua.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Mempercantikkan bacaan al-Quran apabila membaca secara kuat merupakan kenyataan yang benar. Contoh dalilnya kita paparkan dua hadith sahih yang menyentuh isi berkenaan. Dari Abu Hurairah ra., berkata :-
Didalam hadith yang lain, Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Nabi :saw bersabda :-
Syiekh Abdul Aziz bin Baaz menjelaskan bahawa bacaan berlagu bermaksud - membaca kuat, menjadi suara yang cantik dan menumpukan beberapa fokus, agar tergerak/terusik hati, kerana tujuan bacaan yang begitu adalah mengerakkan hati dengan Quran, agar manusia takut kepada Allah dan moga-moga mereka mendapat ketenangan dan faedah daripadanya. [Majmu' Fataawa Ibn Baaz, 11/348-350].
Bahkan, semasa Nabi :saw ketika mendengar Abu Musa al-Ashaari ra. membaca al-Quran dengan suara yang merdu, baginda tidak melarangnya, akan tetapi baginda memujinya dengan berkata :
Yang jelas disini adalah menjadi sunnah membaca al-Quran dengan berlagu - memerdukan suara- ketika membaca secara kuar (jahr), tanpa berlebih-lebihan dan mematuhi hukum-hukum tajwid, Sebagaimana yang disebut oleh Bin Baaz rh., perlu diberikan fokus kepada ayat-ayat tertentu agar ia mendatangkan keinsafan dan pengajaran kepada sesiapa yang mendengar, Contohnya, apabila membaca ayat-ayat azab dan kemurkaan Allah, nada keinsafan pada suara difokuskan disini, dan bukanlah lagu yang sama pada setiap ayat (tanpa mengira ayat azab, amaran atau ayat nikmat!). Bacaan tersebut perlulah membawa kesan kepada hati. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين