SJ-07-0144 : persoalan mengenai pasca kematian ibu/bapa

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0144 : persoalan mengenai pasca kematian ibu/bapa

salam untuk semua,

saya baru sahaja kehilangan ayah yang saya sayangi pada hari selasa lepas ekoran daripada serangan jantung. oleh yang demikian, saya ada beberapa soalan yang berkaitan dengan hal tersebut.

1. apakah amalan yang paling baik untuk dilakukan oleh saya sebagai anak lelaki untuk saya sedekahkan kepada arwah bapa saya?

2. sebelum arwah meninggal dunia, saya telah memberitahu arwah yang saya akan pulang pada hujung minggu arwah meninggal tersebut untuk menjenguknya. namun begitu ajal arwah telah sampai sebelum sempat saya pulang. ketika mana saya terfikirkan hal itu, saya berasa teramat sedih, bersalah kerana terlalu mementingkan kerja, terkilan kerana belum sempat membalas jasa2 arwah terhadap saya, sehingga menitiskan air mata. apakah amalan yang patut saya lakukan dalam keadaan sekarang? unt pengetahuan anda, saya sering menghadiahkan bacaan yasin pada sebelah malam, dan sedekahkan zikir kepada arwah setiap kali selepas solat. tetapi perasaan sedih masih tidak dapat saya atasi.

3. arwah ada sedikit harta dalam bentuk tanah dan wang tunai kepada kami adik beradik untuk kami faraidkan mengikut hak. saya ingin tahu apakah yang boleh saya lakukan dengan wang pusaka arwah, supaya pahala daripada amalan keatas wang tersebut, boleh saya sedekahkan kepada arwah?

4. adakah dibolehkan dari segi syarak, sekiranya saya berdoa untuk bertemu dengan ayah saya dalam mimpi?

5. mungkin soalan saya ini berbunyi sedikit jahil, tp saya inginkan penjelasan daripada anda yang lebih arif. adakah kita berpeluang untuk bertemu dengan arwah bapa/ibu dihari kiamat nanti?

segala kerjasama dari pihak al-ahkam saya dahului dengan ucapan terima kasih.

wassalam.

SJ-07-0144 : persoalan mengenai pasca kematian ibu/bapa

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Soalan 1 – Insya-Allah, sebagai seorang anak, anda boleh melakukan kebajikan kepada bapa yang telah meinggal dunia. Imam Nawawi mengatakan ulama’ sepakat mengatakan ganjaran DO”A, Sedekah harta dan Haji sampai kepada si-mati.

Dari Abu Hurairah ra, :-

Ãóäøó ÑóÌõáÇ ÞóÇáó áöáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó : Åöäøó ÃóÈöí ãóÇÊó æóÊóÑóßó ãóÇáÇ æóáóãú íõæÕö ¡ Ýóåóáú íõßóÝøöÑõ Úóäúåõ Ãóäú ÃóÊóÕóÏøóÞó Úóäúåõ ¿ ÞóÇáó : äóÚóãú áÃ
dir="ltr">"Telah datang seorang lelaki dan berkata kepada Nabi : Bapaku telah mati dan meninggalkan harta, akan tetapi dia tidak membuat wasiat. Adakah boleh mngkifaratkannya jika saya melakukan sedekah bagi pihaknya? Baginda menjawab : YA". [Hadith Riwayat Muslim #1630].

Dari A'isyah ra. :-

Ãóäøó ÑóÌõáÇ ÞóÇáó áöáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó : Åöäøó ÃõãøöíóÇÝúÊõáöÊóÊú äóÝúÓõåóÇ ( Ãí : ãÇÊÊ ÝÌÃÉ ) ¡ æóÅöäøöí ÃóÙõäøõåóÇ áóæú ÊóßóáøóãóÊú ÊóÕóÏøóÞóÊú ¡ Ýóáöí ÃóÌúÑñ Ãóäú ÃóÊóÕóÏøóÞó ÚóäúåóÇ ¿ ÞóÇáó : äóÚóãú
dir="ltr">"Telah datang seorang lelaki dan berkata kepada Nabi : Sesungguhnya ibuku tiba-tiba mati dan aku rasakan jika aku bercakap dengannya dia akan memberikan sedekah, Apakah aku mendapat ganjaran jka aku memberi sedekah bagi pihaknya. Baginda menjawab : YA" [Hadith Riwayat Muslim #1004]

Imam Nawawirh ketika mensyarahkan hadith ini (Sharh Muslim) mengatakan :-

æóÝöí åóÐóÇ ÇáúÍóÏöíË ÌóæóÇÒ ÇáÕøóÏóÞóÉ Úóäú ÇáúãóíøöÊ æóÇÓúÊöÍúÈóÇÈåóÇ , æóÃóäøó ËóæóÇÈåóÇ íóÕöáåõ æóíóäúÝóÚåõ , æóíóäúÝóÚ ÇáúãõÊóÕóÏøöÞ ÃóíúÖðÇ , æóåóÐóÇ ßõáøå ÃóÌúãóÚó Úóáóíúåö ÇáúãõÓúáöãõæäó
dir="ltr">"Didalam hadith ini menunjukkan bahawa dibenarkan memberi sedekah bagi pihak si-mati dan mustahab (digalakkan) hukumnya, ganjaran akan sampai kepada si-mati dan memunafaatkannya, dan ia juga memberi munafaat kepada orang hidup yang melakukan sedekah. Ini adalah Ijma' seluruh Ulama."

Walaubagaimanapun, mereka berselisih pendapat mengenai apakah bacaan al-Quran sampai kepada si-mati atau pun tidak? Ada yang menyatakan bahawa berdo’a selepas membaca al-Quran akan sampai pada si-mati, dimana bagi mereka perbuatan ini masih lagi didalam kerangka do’a. (Dr Ahmad Syurbasi, (Yasalunaka fi al-Din wa al-Hayah, 5/123).

Soalan 2 : Usahlah anda meneruskan kesedihan itu, kerana peluang berjasa kepada mereka masih ada. Anda masih boleh membalas jasa-jasa bapa anda dengan melakukan amalan diatas; seperti berdo’a agar Allah mengampunkan dosa-dosanya dan merahmati dia, lakukan sedekah diatas nama beliau, dan jika bapa belum menunaikan Haji, anda boleh melakukan Haji bagi pihaknya (Lihat soal-jawab berkenaan dengan Badal Haji).

Soalan 3 : sebagaimana yang kami nyatakan diatas, sedekah HARTA atau WANG boleh dibuat diatas nama bapa anda, dan ulama’ sepakat bahawa pahalanya akan sampai kepada si-mati, Insya-Allah.

Soalan 4 : Sebaik-baiknya, lebih elok anda berdo’a agar Allah swt mengampun dan merahmati bapa anda.

Soalan 5: Insya-Allah, mereka yang tidak mensyirikkan Allah akan bertemu keluarga mereka didalam Syurga, walaupun setelah diazab di neraka, sebagaimana yang dinyatakan didalam hadith Bukhari #7440, Kitab al-Tauhid. Firman Allah swt :-

ÌóäøóÇÊõ ÚóÏúäò íóÏúÎõáõæäóåóÇ æóãóäú ÕóáóÍó ãöäú ÂÈóÇÆöåöãú æóÃóÒúæóÇÌöåöãú æóÐõÑøöíøóÇÊöåöãú æóÇáúãóáóÇÆößóÉõ íóÏúÎõáõæäó Úóáóíúåöãú ãöäú ßõáøö ÈóÇÈò
dir="ltr"> “Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu;” [al-Ra’d :23].

æóÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ æóÇÊøóÈóÚóÊúåõãú ÐõÑøöíøóÊõåõãú ÈöÅöíãóÇäò ÃóáúÍóÞúäóÇ Èöåöãú ÐõÑøöíøóÊóåõãú æóãóÇ ÃóáóÊúäóÇåõãú ãöäú Úóãóáöåöãú ãöäú ÔóíúÁò ßõáøõ ÇãúÑöÆò ÈöãóÇ ßóÓóÈó Ñóåöíäñ
dir="ltr"> “Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.” [al-Thoor :21]

Sekian, wassalam

خيرالأمين