SJ-07-0145 : berzikir mengunakan asma al husna

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0145 : berzikir mengunakan asma al husna

Salam Sauadara semua,

Maafkan saya kerana mengemukan soalan lagi, sesungguh saya tiada tempat mengadu melainkan pada saudara semua, bolehkah kita berzikir mengunakan nama-nama Allah dalam mengharapkan rahmat dan belasNya untuk membebaskan saya dari kesengsaraan dunia ini, kerana ini saja yang saya tahu kerana ader orang mengatakan pada saya ia adalah perbuatan bidaah dan syirik, saya keliru...maafkan saya atas kejahilan saya.

SJ-07-0145 : berzikir mengunakan asma al husna

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Umat Islam digalakkan apabila berdo’a, hendaklah menyebut Nama-Nama Allah yang baik, sebagai firmannya :

æóáöáøóåö ÇáúÃóÓúãóÇÁõ ÇáúÍõÓúäóì ÝóÇÏúÚõæåõ ÈöåóÇ æóÐóÑõæÇ ÇáøóÐöíäó íõáúÍöÏõæäó Ýöí ÃóÓúãóÇÆöåö ÓóíõÌúÒóæúäó ãóÇ ßóÇäõæÇ íóÚúãóáõæäó
dir="ltr"> “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.” [al-A’raaf : 180]

Sebagai contoh, didalam Musnadnya, Imam Ahmad rh ada mencatatkan bahawa Ibn Ma’sud ra. meriwayatkan bahawa Nabi :saw pernah mengajar suatu do’a bagi seseorang itu mengatasi kesedihan. Doa tersebut adalah seperti berikut :-

Çááøóåõãøó Åöäøöí ÚóÈúÏõßó¡ ÇÈúäõ ÃóãóÊößó¡ äóÇÕöíóÊöí ÈöíóÏößó ãóÇÖò Ýöíøó Íõßúãõßó¡ ÚóÏúáñ Ýöíøó ÞóÖõÇÄõßó¡ ÃóÓúÃóáõßó Èößõáøö ÇÓúãò åõæó áóßó ÓóãøóíúÊó Èöåö äóÝúÓóßó Ãóæú ÃóäúÒóáúÊóåõåöÝí ßöÊóÇÈößó Ãóæú ÚóáøóãúÊóåõ ÃóÍóÏðÇ ãöäú ÎóáúÞößó Ãóæö ÇÓúÊóÃúËóÑúÊó Èöåö Ýöí Úöáúãö ÇáúÛóíúÈö ÚöäúÏóßó Ãóäú ÊóÌúÚóáó ÇáúÞõÑÂäó ÇáúÚóÙöíãó ÑóÈöíÚó ÞóáúÈöí¡ æóäõæÑó ÕóÏúÑöí¡ æóÌóáóÇÁó ÍõÒúäöí¡ æóÐóåóÇÈó åóãøöí¡ ÅöáøóÇ ÃóÐúåóÈó Çááåõ ÍõÒúäóåõ æóåóãøóåõ æóÃóÈúÏóáó ãóßóÇäóåõ ÝóÑóÍð
dir="ltr"> “Ya Allah, Sesungguhnya aku adalah Hambamu, anak kepada hamba perempuanmu, nasibku ditanganMu, keputusanMu mengenaiku sudah pun berlalu, Keadilan adalah qada’mu kepadaku. Aku menyeruMu dengan segala Nama yang engkau ada dan sebagaimana engkau memanggil diriMu, Turunkanlah bukuMu, diajar kepada semua makhlukmu, atau tersimpan dengan engkau di Alam Ghaib, iaitu disisiMu, Jadikanlah al-Quran yang mulia sebagai musim bunga hatiku, cahaya kepada dadaku, pembuang kepada kedukaan dan kesedihanku. Melainkan pasti Allah akan membuang kedukaan dan kesedihan dan mengantinya dengan kegembiraan” [Tafsir Ibn Kathir].

Do’a ini menjadi dalil keharusan menggunakan nama-nama baik bagi Allah swt didalam do’a dan munajat kepada kepada Allah swt.

Cuma tidak ada kaedah khusus yang diperuntukkan kepada seseorang agar membaca Asma’ al-Husna dengan jumlah yang tertentu, atau aturan nama-nama yang tertentu. Jumlah bacaan itu hanyalah amalan pribadi dan pengalaman masing-masing. Yang jelas, kita boleh menggunakan Asma’ al-Husna didalam do’a kita. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين