Assalamualaikum,
1. Saya perlu qadha puasa selama 9 hari untuk 2005. Saya telah selesai qadha kesemuanya tetapi combined:
a) puasa enam dan qadha selama 6 hari
b) puasa qadha dan sunat Isnin atau Khamis selama 3 hari
Mengenai niat, saya tidak ingat yg mana satu saya dulukan untuk a dan b.
Saya kemukakan soalan ini kerana dulu somebody kata boleh combine. Bila di luar negara ini ada kawan cakap asing tetapi saya buat combine jugak. Bila baca soaljawab di web ini, baru saya realise hal ini. Saya telah lakukan begitu selama beberapa tahun.
Soalan saya:
1i) Perlukah saya ulangi/qadha semula semua 9 hari itu (2005) kerana tidak tahu selama ini dan masih ada masa. Saya mula qadha puasa semula hari ini sebab masih ada beberapa bulan sebelum Ramadhan 2006.
1ii) Bagaimana untuk tahun-tahun yang dulu?
2. Bagaimana pula dengan puasa qadha atau sunat yang saya lakukan tetapi saya telah berbuka sebelum masuk waktu Maghrib bukan kerana sakit ( realise pekara ini bila baca soaljawab di web ini, tidak tahu sebelumnya ).
Harap ustaz beri jawapan secepat mungkin. Worry...
Terima kasih.
:wassalam
alJawab:
1 (i) Oleh kerana anda keliru dan jahil, maka solat 9 hari itu hanya dikira Puasa qadha'. Maka ia adalah sah. Selepas ini tidak boleh lagi kita berniat dua dalam satu kerana amalan ini tidak ada dalil dari Nabi SAW. (Dr Sulaiman alAsyqar, anNiyyat fil Ibadah/270/cet Amman). Anda
1 (ii) Untuk tahun2 yang terdahulu pun begitu juga, puasa yang digabungkan niatnya antara qadha dan tathawwu', maka yang sah puasa wajib (qadha) shj.
2. Berbuka sebelum waktu maghrib adalah batal dan tidak sah. Ini kerana waktu puasa ialah dari terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari. jika kita berbuka sbelum terbenam matahari, maka ia tidak sah dan anda hendaklah menggantinya. Ini suatu yang asas dalam fiqh puasa.
sekian