:salam
saya mempunyai satu kemusykilan.
Isteri saya semasa ramadhan nnt dia akan mengandung 7 bln tetapi dia tidak lg lengkap mengqadha' puasanya yg lepas.
Soalannya:
1) Jika dia tidak mampu utk mengqadha'kan puasanya skrg, adakah boleh dia mengqadha' puasanya selepas bersalin nnt (slps raya)? Ini kerana skrg dia bimbang akan merasa keletihan yg amat sangat apabila berpuasa.
2) Adakah perlu membayar fidyah (menurut pendapat 4 mazhab)?
Diharap mendapat pencerahan secepat mungkin.
:wassalam
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå
æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇ ÃãÇ ÈÚÏ
Kalaulah pada bulan Ramadhan yg wajib berpuasa padanya, boleh berbuka kerana uzur mengandung, maka pada bulan selain Ramadhan adalah lebih aula untuk boleh baginya menangguhkan qadha'nya.
jadi, diharuskan untuk menangguhkan qadha' Ramadhan sehingga hilang keuzurannya.
sekiranya ditangguhkan qadha' ramadhan sehingga tahun berikutnya, disebabkan oleh uzur seperti sakit sepanjang tahun, atau hamil, atau menyusu sepanjang tahun, maka tidak dikenakan fidyah. yg wajib hanyalah puasa.
tapi kalau menangguhkan puasanya tanpa uzur, ada 2 pendapat:
pertama: wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan kepada seorang untuk satu hari. ini pendapat jumhur ulama, Maliki, Syafie, Hanbali, dan diriwayatkan drpd sebahagian sahabat dan tabien.
kedua: tidak perlu membayar fidyah. ini pendapat mazhab Hanafi. dan ditarjihkan oleh syeikh Soleh Uthaimin, kerana tiada dalil sahih yang mewajibkan membayar fidyah. maka kembali kepada hukum asal, iaitu tidak dikenakan apa2 fidyah.
http://abuumair1.wordpress.com