SJ-08-0068 : Memberus Gigi & Tahi Cicak

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0068 : Memberus Gigi & Tahi Cicak

:salam

Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pengendali2 website ini serta ahli2 panel yang lain kerana mewujudkan website yang pada saya amat bermanafaat kepada umat manusia khususnya Muslim. Cuma saya belum dapat menjadi ahli, bila nak dibuka kembali pendaftaran?

Soalan saya:

1. Mengenai berus gigi mengunakan ubat gigi berflourida atau mengunakan bahan lain semasa Ramadhan ini, Tentunya, selepas berus gigi kita akan rasa lagi perasa(flavour) ubat gigi dan ia akan ambil masa untuk hilang walau kita berkumur. Adakah batal puasa sekiranya kita menelan air liur yang masih ada rasa ubat gigi tersebut. Adakah hukumnya sama ketika kita solat dgn menelan air liur tersebut.

2.Tahi cicak sangat sinonim dengan kita di rumah, surau atau masjid, tapi saya melihat kebanyakan surau @ masjid, orang akan hanya menyapu tahi tersebut tanpa mengalirkan air untuk menyucikannya. Adakah tahi cicak yg banyak termasuk dalam keadaan yang sukar dielakkan dan dimaafkan.

Sekian, terima kasih.

SJ-08-0068 : Memberus Gigi & Tahi Cicak

:wassalam

al-Jawab:

1) ada dua pendapat:

pertama: ulama' Bilad al-Haram (KSA) mengharuskan memberus gigi menggunakan dgn ubat gigi berfluorida. Cuma tidak boleh menelan toothpaste (ubat gigi) secara direct. Cadangan mereka ialah di siang hari menggunakan kayu sugi dan di malam hari sahaja menggunakan berus gigi berflourida. Fatwa Imam Ibn Baz, 4/247, Syaikh Ibn Uthaimiin, syarh Mumti' , 6/408

kedua: Fatwa al-Qardhawi (IOL tanggal 3/10/06)
Ianya OK memberus gigi menggunakan ubat gigi dan jika tertelan air liur dan terasa kesan ubat gigi tidak merosakkan puasa. Dalilnya Firman Allah SWT (dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yg kamu khilaf padanya) AQT 33:05

2) Tahi cicak atau burung di mesjid termasuk umum al-balwa (kesulitan yg sukar dihindari) dan ia dima'afkan (Fiqh Islami wa adillatuh, jld 1)