SJ-08-0089 : ganti puasa dlm tempoh 15hari pusingan haid

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0089 : ganti puasa dlm tempoh 15hari pusingan haid

assalamualaikum....

thn lepas sy ada qada puasa selama 4hari..tapi masalahnya

camni...sy bg situasinya begini(direka)

datang haid selama 7hari,hari ke 8 telahpun suci..maka sy puasa pada hari ke 8,9,10,11..tapi pada hari ke 12..ade lagi sedikit2 kesan darah haid...sy

adakah saya perlu mengganti 4hari puasa itu semula....
sy tak tau skarang sy perlu bayar fidyah kerana ganti dlm wktu itu..harap dapat membantula

SJ-08-0089 : ganti puasa dlm tempoh 15hari pusingan haid

Al-Hamdulillah....

Al-Jawab :

Dalam masalah saudari ini , pendapat Imam Ahmad bin Hanbal adalah yang dirasakan paling tepat sebagaimanna berikut :

“Sekiranya kebiasaan tempoh haid saudari adalah 7 hari pada setiap kali datangnya haid , maka dalam hal ini , saudari telah dianggap suci selepas saudari mandi sekiranya telah yakin suci.Maka dengan itu juga puasa saudari selepas daripada mandi tersebut dianggap sah.Manakala jika memang kebiasaan tempoh masa haid saudari ialah 15 hari (maksimum) , puasa saudari tidak dianggap sah , kerana saudari mandi pada waktu kebiasaannya saudari masih lagi dalam waktu haid yang mana seharusnya saudari menunggu sehingga selesai tempoh masa kebiasaan haid saudari atau telah pasti adanya tanda-tanda suci dari haid.”

WA

Ruj :

Al-mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bayt al-Muslim fi al-Syari’ah al-Islamiah , oleh As-Syaikh Dr Abd Karim Zaidan , Muassasah al-Risalah , Beirut , Cetakan 2 , 1994. (Bab Ahkam al-haid)

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com