Assalammualaikum,
Saya nak minta penjelasan mengenai amalan melakukan umrah berkali-kali yang lakukan oleh orang Melayu (rasanya orang Melayu aje!) ketika melakukan haji. Ada yang bertenaga & wang sampai tiga-empat kali sehari.
Apa asas amalan ini?
Wassalam.
Radzi.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Radzi dengan kadar kemampuan yan ada, Insyaallah.
Scenario menunaikan Umrah berbanyak kali selepas selesai menunaikan Haji memang lumrah dikalangan masyarakat kita yang berada di Makkah. Apabila ditanya sebabnya, ada yang mengatakan ia sebagai amalan sunat tambahan kepada amalan Umrah sunat. Akan tetapi ada juga yang melakukan Umrah yang berkali2 berdasarkan kepada wujudnya apa yang dikatakan hadith yang menyamakan pahala menunaikan Haji jika melakukan Umrah 7 kali. Tidak pula terjumpai sebarang hadith yang berkata demikian (melainkan hadith sahih yang menerangkan fadilat menunaikan Umrah didalam bulan Ramadhan).
Pihak Kementerian Haji Arab Saudi dengan kerjasama al-Lajnah al-Daaimah juga ada mengeluarkan buku panduan yang mengatakan bahawa amalan memperbanyakkan Umrah setelah selesai ibadat Haji merupakan suatu perbuatan yang tiada dalilnya. Berikut petikan buku tersebut :-
Apakah amalan yang baik di lakukan di Makkah? Menurut Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh :-
Kesimpulannya, setelah selesai menunaikan Umrah yang diperintahkan, adalah baik bagi seseorang itu melakukan amalan-amalan soleh seperti solat sunat, tawaf sunat, membaca al-Quran dsb di Masjid al-Haram. Bagi mereka-mereka yang rajin membuat Umrah, bolehlah melakukan bagi pihak kaum kerabat yang telah meninggal dunia. WA
wassalam
خيرالأمين