SJ-09-0024 : Kenduri, azan dan bakal haji

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0024 : Kenduri, azan dan bakal haji

Assalamualaikum ustaz,

Harap ustaz berikan ulasan mengenai soalan-soalan ini:-

1. Ada bakal haji yang mengadakan kenduri sebelum berangkat mengerjakan haji.

2. Saya lihat ada orang yang mengumandangkan azan sebelum bakal haji meninggalkan rumah.

Terima kasih.

SJ-09-0024 : Kenduri, azan dan bakal haji

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al- jawab :

1. Mengadakan kenduri sebelum berangkat menunaikan fardhu haji adalah suatu amalan yang tidak terdapat dalam Islam..Sungguh pun begitu adalah tidak salah , jika kita ingin melakukannya dengan tujuan untuk bersedekah dan memberi makan kepada fakir miskin.Cuma , ianya mestilah tidak dianggap sebagai pra syarat yang wajib dilakukan oleh setiap bakal-bakal haji.Ini kerana terdapat sesetengah masyarakat yang beranggapan bahawa ianya ‘wajib’ dilakukan bagi mendapatkan haji yang mabrur.Tanggapan sebegini adalah salah dan amat tidak dibenarkan dalam Islam.

2. Ini juga merupakan satu amalan yang tidak ada contohnya dizaman Rasulullah saw.Masyarakat melayu khasnya memang menjadikan amalan melaungkan azan sebelum meninggalkan rumah dan sebelum menaiki kenderaan demi untuk mendapatkan keberkatan dan kemudahan dalam perjalanan. Ini juga suatu perbuatan yang tidak dibolehkan dalam Islam.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com