Assalamualaikum,
Baru2 ni saya terima info. melalui email berkaitan dgn syarikat yg mengeluarkan roti Gardenia yg mana syarikat terbabit ada menjalankan perniagaan jual/beli Babi. Saya telah melayari webpage yg diberi dan memang betul bahwa syarikat induk yg mengeluarkan roti jenama gardenia ini adalah pengeluar produk daging babi yg terbesar di Australia. Oleh kerana ingin tahu lebih lanjut, saya telah melayari webpage pengeluar roti tersebut yg ada diMalaysia. Menurut pengeluar roti Gardenia (malaysia), Bernas adalah antara pemegang saham yg terbesar dan pengeluaran roti Gardenia di malaysia adalah HALAL. APakah pandangan dari segi Islam tentang penguna-penguna yg membeli produk Gardenia ini. Sekian,terimakasih.
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-10-0003 : Roti Gardenia Buatan Malaysia..dari pers Islam
Primary tabs
Mon, 10/05/2004 - 2:42pm
#1
SJ-10-0003 : Roti Gardenia Buatan Malaysia..dari pers Islam
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr azmans dengan kadar kemampuan yang ada, Insyallah.
Isu surat layang mengenai Syarikat Roti Gardenia telah menjadi topik perbincangan yang hangat ketika ini. Sebelum memanjang surat tersebut, hendaklah kita menyiasat dahulu dari sumber mana yang kita ambil. Sudah tentu sumber dari syarikat tersebut merupakan maklumat yang authentik!
Pihak Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd telah pun menjawab kenyataan yang dibuat oleh surat layang tersebut, diantaranya ialah :-
- Sejumlah besar saham Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dimiliki oleh BERNAS
- Mereka telah berdiri sendiri didalam kos pengoperasian selama 20 tahun
- Mengilang roti dan kek snek semata-mata.
- Diiktiraf sebagai pengeluar produk halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak pensijilan halal mula-mula dikuatkuasakan.
Alhamdulillah, kesemua maklumat ini menunjukkan bahawa syarikat ini tidak terlibat didalam perniagaan menjual khinzir sebagaimana yang didakwa oleh surat layang tersebut dan ternyata perniagaannya halal. Lihatlah betapa besar kerugian yang akan ditanggung sekiranya tuduhan tersebut benar-benar palsu! Mari kita imbas kembali sikap Islam terdapat berita-berita yang diterima dari orang-orang fasik:- Firman Allah swt :-
Sebab-sebab turun ayat :-
Nabi saw menghantar Al-Walid ibn 'Uqbah ibn Mu'eet kepada Banu Al-Mustaliq untuk memungut zakat daripada mereka. Apabila berita itu sampai kepada mereka, mereka begitu gembira, dan mereka telah keluar untuk berjumpa dengan Rasulullah saw. Apabila Al-Walid mendengar bahawa mereka telah keluar untuk menemuinya, dia telah kembali kepada Rasulullah saw dan berkata :
Rasulullah saw menjadi marah, dan sementara baginda memikirkan bagaimana melancarkan kempen terhadap mereka, delegasi tersebut telah datang kepada baginda dan berkata :
Maka Allah swt telah menurunkan surah al-Hujuraat ayat 6.
------------------
Maka sebagai orang Islam, perlulah kita berhati-hati apabila didatangkan dengan berita-berita yang sebegini rupa agar tidak merugikan mana-mana pihak yang terbabit. Pastikan fakta-fakta itu diselidiki kesahihannya. WA.
wassalam
خيرالأمين