SJ-10-0019 : Hukum bercucuk tanam bukan ditanah sendiri

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0019 : Hukum bercucuk tanam bukan ditanah sendiri

Assalamualaikum...

Maaf saya ada beberapa kemusykilan yg berkaitan, dan harap dapat tuan jelaskan:

1. Di kampung tanah rezab tepi sungai agak luas dan baik untuk bercucuk tanam. Apa hukum hasil tanaman spt pisang, ubi untuk dimakan atau dijual? Jika jual apa status hasil jualan?

2. Terdapat juga tanah kebun (orang lain) yang tidak diusahakan dan kemudiannya kita tanam dan status hasil tanaman itu?

3. Berkaitan itu juga, Apa hukumnya jika tanah rezab (kebun org lain, tanah terbiar) yang kita ambil sedikit tanahnya untuk digunakan bagi menanam pokok dikawasan tanah kita? Jika pokok lada misalnya, apa hukum memakan hasil lada itu?

4. Jika kesemua ini salah, bagaimana saya nak menebus kembali kesalahan itu?

wassalam

Re: SJ-10-0019 : Hukum bercucuk tanam bukan ditanah sendiri

wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr uzmahazwani dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Tanah-tanah (seperti soalan 1) yang direzabkan bagi tujuan pembesaran jalan (rezab jalan) dan pembesaran sungai (rezab sungai) yang tidak ada pemilik, tidaklah salah dikerjakan, cuma apabila ianya dikehendaki oleh pihak berkuasa maka tidak ada pampasan gantian terhadap kerosakan tanaman yang ditanam. Tanah rezab jalan dan sungai tertakluk kepada undang2 pihak berkuasa mengenai penggunanya.

Bagi tanah rezab lain, prinsipnya ialah asalkan ia dimiliki orang/individu tertentu atau wujud Tuannya walaupun ianya terbiar (kebun yang tidak diusahakan), tidak kira atas nama apa mestilah mendapat keizinan sebelum tanah tersebut dikerjakan. Skop hak pemilikan itu sdr bolehlah merujuk kepada Pejabat Tanah untuk maklumat lanjut. Kalau tuan tanah tersebut memberi keizinan maka tidak mengapa tanah itu diusahakan. Jika tuan tanah tidak mengizinkan atau tidak mengetahuinya maka ia jatuh kepada hukum mengambil harta benda orang lain atau dipanggil sebagai Ghasb (ÇáÛÕÈ), yang didefinasikan sebagai :-

ÇáÇÓÊíáÇÁ Úáì ÍÞ ÛíÑå ÞåÑÇð ÈÛíÑ ÍÞ .
"Mengambil hak orang lain secara paksa, tanpa hak (kebenaran)"

Allah swt melarang mengambil hak orang tanpa izin Tuannya. Firman Allah swt :-

æóáóÇ ÊóÃúßõáõæÇ ÃóãúæóÇáóßõãú Èóíúäóßõãú ÈöÇáúÈóÇØöáö
"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah" - [al-Baqarah 2:188]

Sabda Nabi saw :

ãä ÇÞÊØÚ ÔÈÑÇð ãä ÇáÃÑÖ ÙáãÇð º ØæÞå ãä ÓÈÚ ÃÑÖíä
"Barangsiapa yang mengambil sejengkal tanah secara tidak betul, maka dia akan dikelilingi dalam tujuh bumi"

Ghasb adalah cara yang buruk memakan harta orang lain secara tidak adil, kerana Nabi saw bersabda :

Åä ÏãÇÁßã æÃãæÇáßã æÃÚÑÇÖßã Úáíßã ÍÑÇã
"Darah anda, harta anda dan kehormatan anda adalah kemuliaan kepada kamu"

Cuma mereka yang telah mendapat keizinan menggunakan harta/tanah dari Tuan empunyanya dibolehkan mengusahakan harta/tanah tersebut, sebagaimana sabda Nabi saw :-

áÇ íÍá ãÇá ÇãÑÆ ãÓáã ÅáÇ ÈØíÈ äÝÓå
"Tidak halal harta seseorang Islam melainkan mendapat keizinan dari dirinya"
-----------------
Bagaimana hendak menebus kesalahan demikian? Tiga perkara yang wajib dilakukan oleh seseorang yang terlibat mengunakan harta orang lain tanpa izinnya iaitu :

a. Bertaubat kepada Allah swt
b. Mengembalikan harta tersebut.
c. Memohon kemaafan dari Tuan punya harta

Sabda Nabi saw :-

ãä ßÇäÊ ÚäÏå áÃÎíå ãÙáãÉ º ÝáíÊÍáá ãäå Çáíæã ÞÈá Ãä áÇ íßæä ÏíäÇÑ æáÇ ÏÑåã [ íÚäí íæã ÇáÞíÇãÉ ] : Åä ßÇäÊ áå ÍÓäÇÊ º ÃÎÐ ãä ÍÓäÇÊå æÃÚØíÊ ááãÙáæã ¡ æÅä áã Êßä áå ÍÓäÇÊ º ÃÎÐ ãä ÓíÆÇÊ ÇáãÙáæã , ÝØÑÍÊ Úáíå , æØÑÍ Ýí ÇáäÇÑ
"Barangsiapa yang melakukan kesalahan kepada saudaranya, mohonlah keampunan hari ini, sebelum hari yang tiada dinar dan dirham (iaitu hari Kiamat), apabila dia mempunyai apa2 kebaikan, beberapa kebaikkannya akan diambil dan diberi kepada orang yang dia lakukan kesalahan, dan jika dia tidak mempunyai kebaikkan, maka beberapa keburukannya orang yang dilakukan kesalahan keatasnya akan diambil dan dicampakkan kepadanya, dan dia akan dicampakkan kedalam neraka"

Tuan tanah tersebut mempunyai beberapa hak keatas orang yang mengambil tanah tersebut, diantaranya :-

a. Jika Tuan Tanah menghendaki tanah tanaman tersebut dibersihkan, maka dia perlu membersih dan membuangkan tanaman tersebut.
b. Jika terdapat kerosakan kepada tanah, dia boleh dikenakan penalti.
c. Dia juga boleh dikenakan bayaran sewa keatas tanah tersebut selama mana yang dia telah gunakan.

Akan tetapi jika Tuan tanah tersebut, disebabkan kebunnya terbiar dan dia tidak memajukannya atau atas apa2 alasan, dan jika dia mema'afkan tanpa syarat, maka terlepaslah si-pengguna tersebut dari sebarang hukuman. Jika tidak diketahui akan Tuan punya tersebut, ulama' menasihatkan agar dilakukan kebajikan atas nama Tuan tanah yang tidak dikenali. WA.

wassalam
=======
Syeikh Salih ibn Fawzaan. al-Mulakhkhas al-Fiqh. Soft copy. ms 130.

خيرالأمين