SJ-10-0077 : Roti Bercampur Alkohol

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0077 : Roti Bercampur Alkohol

Assalamualaikum wbt

Saya tinggal di Rep. Czech sebagai pelajar di sini. Sejak sekian lama timbul persoalan di kalangan kami berkenaan status sebenar makanan yang mengandungi alkohol. Orang-orang arab di sini yg menjadi "sumber fatwa" sebahagiannya mengatakan halal berdasarkan pendapat sheikh2 tertentu, manakala sebahagian yang lain memang mengharamkan.

Soalan saya, apakah status sebenar makanan seperti roti yang mana di bahagian ingredientnya memang tercatat alcohol secara umum? Sy faham bahawa bukan semua alkohol itu ada lah arak, namun, bagaimana kita membezakannya?

Soalan yang susah, tapi manala tahu panel al-ahkam ade yang arif mengenai hal ini.. permasalahan di sini, hampir semua kandungan makanan di paket2 makanan di sini di tulis dalam bahasa Czech, ini menyukarkan kami pelajar malaysia di sini terutama apabila keadaan desperate.

Satu lagi soalan, Negara Czech ini diketahui ramai yang atheist meskipun agama rasminya dikatakan Kristian Katolik?..Apakah mereka juga dikategorikan sebagai negara ahli kitab?..Apa status daging ayam mereka?

JZKK..

SJ-10-0077 : Roti Bercampur Alkohol

Masalah roti atau makanan yang bercampur alkohol telah pun dibincangkan dalam AAN , dan dibawah ini adalah link yang boleh saudara rujuk.

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=34409&highlight=alkohol

Secara kessimpulannya , saudara boleh memakan roti tersebut jika kandungan alkoholnya adalah daripada jenis alkohol yang dibenarkan dalam fatwa tersebut dan kandungannya juga tidak melebihi had yang telah ditetapkan.

Berkenaan dengan soalan bagaimanakah caranya untuk kita membezakan antara alkohol yang digunakan untuk pembuatan arak dengan alkohol yang digunakan untuk barang makanan , hanyalah dapat dibezakan jika jenis alkohol yang digunakan itu ditulis dengan jelas nama-namanya dan kandungan yang digunakan.Ini kerana tidak semua orang awam itu tergolong dari kalangan yang ahli dalam bab sains dan sebagainya.Maka , apabila ini berlaku , jalan yang paling selamat untuk kita ialah dengan meninggalkan barangan tersebut kerana ia meragukan lebih-lebih lagi jika ianya tidak mengandungi tanda halal dan kandungan makanan di paket2 makanan di sana di tulis dalam bahasa Czech yang tidak dapat difahami serta beralihlah kepada barangan yang memang pasti halal dan selamat untuk digunakan sebagaimana sabda Rasulullah saw :

ÏÚ ãÇ íÑíÈÜÜÜÜß Åáì ãÇáÇ íÑíÈÜÜÜß
“Tinggalkanlah apa-apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu”

( HR Tirmizi no: 2520 )

Mengenai masalah daging sembelihan mereka , disini dapat disimpulkan kepada 2 bahagian.Jika memang jelas orang yang melakukan sembelihan itu adalah orang Atheis yang tidak mempercayai tuhan , maka sembelihannya adalah haram dimakan.Ini kerana dalam Islam jika penyembelihan binatang daripada kaum majusi hukumnya adalah haram dimakan , inikan pula kaum yang tidak bertuhan , maka adalah lebih berat lagi hukumnya.(Hudal Islam , fatawa al –Mu’asirah , Dr Yusof Al-Qardhawi)

Tetapi sekiranya sembelihan itu dari kalangan orang yang memang beragama kristian (ahli kitab) , maka ianya dibolehkan berdalilkan kepada maksud firman Allah swt dalam surah al-Maidah ayat 5 :

“Pada masa ini Dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) Yang lazat-lazat serta baik-baik. dan makanan (sembelihan) orang-orang Yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka)……..”

Walaubagaimana pun ianya masih menjadi khilaf dikalangan ulama.Ada yang tetap mengharamkan binatang yang disembelih oleh ahli kitab , kerana pada zaman sekarang sudah tidak ada lagi ahli kitab yang tulen yang masih berpegang teguh di atas kepercayaan kitab mereka yang asli dan tulen , melainkan semuanya telah bercampur aduk dengan segala macam anasir-anasir syirik dan kufur.Yang ttinggal hanyalah nama dan lambang agamanya sahaja…

Maka , jalan yang paling selamat ialah dengan berpegang kepada hadis di atas…..

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com