Salam,
Apa hukum nya jika makan di restoren yang dikendalikan oleh orang cina tapi ada ayat suci Al-Quran dan ada juga benda2 macam jongkong emas dan kucing (org cina punya benda2 utk 'ong')
Salam
Sumber Rujukan Islam Anda..
Salam,
Apa hukum nya jika makan di restoren yang dikendalikan oleh orang cina tapi ada ayat suci Al-Quran dan ada juga benda2 macam jongkong emas dan kucing (org cina punya benda2 utk 'ong')
Salam
:salam
Hukum asalnya ialah dibolehkan orang Islam untuk makan di restoran yang dikendalikan oleh orang bukan Islam selagimana makanan yang dimasak itu tidak dicampur dengan bahan-bahan yang meragukan atau diharamkan dalam Islam.
Tetapi sekiranya keadaan restoran atau makanan yang dijual tersebut boleh menimbulkan keraguan dan kesangsian kepada kita , maka sebaiknya tinggalkanlah restoran tersebut dan pergilah kepada restoran yang tidak meragukan.
Sebagaimana Sabda rasulullah saw :
دع ما يريبــــك إلى مالا يريبـــك
“Tinggalkanlah apa-apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu”
( HR Tirmizi no: 2520 )
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com