Assalamu'alaikum,
Ana ingin bertanya kepada para2 Ahli panel Feq al Ahkam, sebagai response kepada 'Fatwa Bunga Bank 1: Yusof al-Qardawi'.
Bagini:-
Katakan ana menyimpan wang sebanyak RM10,000 pada tahun 1980 di salah sebuah bank. Wang yang ana simpan pada masa itu merupakan wang kertas (bukan dinar emas) yang mana nilainya berubah-rubah. Yang pastinya nilai wang tersebut telah susut sebanyak 5 kali jika dinilaikan semula pada tahun 2000. Maksudnya, wang sebanyak itu pada masa itu ana mampu membeli sebuah kereta Datsun 120Y tetapi ana mesti mempunyai RM50,000 untuk memiliki kereta yang sekelas dengannya sekarang (tahun 2000). Bagaimanapun pehak bank telah memberi faedah simpanan tahunan kepada simpanan ana yang maenjadikan wang simpanan ana telah meningkat kepada RM50,000 sekarang iaitu bernilai sama dengan nilai semasa ana mula-mula menyimpannya dahulu. Apakah wang faedah ini dikira sebagai riba.
:wassalam
alJawab:
Ini juga isu yang tidak dapat lagi diputar jarum jam kebelakang. Maksudnya perbankan syari'ah sudahpun ditubuhkan, maka apa jua simpanan dalam perbankan konvensional adalah dianggap ribawiyah, walaupun kita menggunakan formula FV (future value of money) atau nilai sebenar wang. Dari segi logik, memang RM 10K 25 tahun dulu memang bernilai RM 50K lebih masakini. Ini kerana harga kereta baru 20 tahun dulu cuma 10K tapi Perodua sekarang bernilai RM 56K. Tapi riba tetap riba dan perbankan Islam telah pun diujudkan. Maka sebarang lebihan akibat dari pelaburan dalam perbankan konvensional tetap dianggap riba dan hendaklah diambil dan diberikan pada kebajikan.
sekian