Assalamualaikum...
Saya ada kemuskilan pasal islamic insurance premium oleh syarikat insuran konvensional. Setahu saya sebarang konvensional insuran plan adalah haram menurut fatwa yg dikeluarkan oleh majlis fatwa negara. Baru- baru nih, syarikat insuran ini ada mengeluarkan plan atau premium baru yang mereka claim sebagai islamic plan. Contohnya Prudential Assurance Malaysia Berhad dengan Dana al-syariah nya. Jadi saya ingin mendapatkan kepastian dari pihak tuan samada produk-produk seperti ini halal ataupun haram. Terima kasih.
:wassalam
alJawab:
Insuran dan perbankan Konvensional hendaklah mendapat lesen dari Bank Negara jika ingin membuka operasi perbankan/ insuran syari'ah dan hendaklah mematuhi garispanduan yg dikeluarkan oleh Bank Negara.
Sama juga bagi pengusaha makanan di Malaysia jika mereka ingin mendapat persijilan Halal utk mendapat keyakinan umat Islam terhadap produk2 mereka, maka mereka hendaklah memohon secara resmi kpd Halal-Jakim. Cth: Dinding Poultry itu adalah syarikat ternakan ayam kaum China, Sinmah Foods juga syarikat ayam China, mendapat persijilan Halal-Jakim terhadap produknya bg menembusi pasaran halal.
Maka jika Prudential Assurance mendapat lesen syari'ah dari pihak berwajib, maka statusnya sama spt syarikat non-musim yg mendapat sijil Halal-Jakim dlm sektur pemakanan. Cuma bg muslim yg lebih wara', maka dia hendaklah mengutamakan syarikat dan dana yg dimiliki oleh kepentingan bumiputra Islam utk lebih selamat dalam jangkapanjang serta potensi membangun dan menjana ekonomi ummah.
[Info: Prudential adalah syarikat yg diperbadankan di USA dan milik kaum Yahudi]