SJ-11-0063 : Kena potong janggut

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0063 : Kena potong janggut

:salam
Saya kena potong janggut sebab sertai askar. Adakah saya berdosa sebab kena ikut peraturan?
:wassalam

SJ-11-0063 : Kena potong janggut

:wassalam

alJawab:

Pertama: Hukum mencukur janggut.

Fatwa alQardhawi. Hukum memelihara janggut dan tidak mencukurnya adalah sunnat mu'akkad (sunat yg dituntut)
Dalilnya: Dari Ibn Umar ra:

"Potonglah kumis dan panjangkan janggut (Bukhari-Muslim, lihat alLu' lu' wal Marjan/147)

Juga dari Ibn Umar ra, " Selisihilah kalian dgn orang musyrik (non-muslim), panjangkan janggut dan potonglah misai" (Bukhari-Muslim, ibid)

Pendapat yg mengatakan wajib ialah dari madzhab Hanbali, sebahagian Hanafi dan sebahagian Maliki. Hukum keras ini adalah tertolak kerana mengikut usyul fiqh, yakni apa yang datang dari alQur:an adalah wajib tapi tidak apa yg datang dari sunnah hanya bersifat anjuran (sunnah).
madzhab Syafi'iy (Imam arRafa'iy dan Imam Nawawi) menetapkan makruh hukumnya mencukur janggut. (al-Qaradawi, Fiqh atTaharah, Maktabah Wahbah (2002), ms 116)

Kedua:Apakah anda berdosa kerana terpaksa mencukur janggut sebagai peraturan militeri?
Jawabnya: Tidak, masakan anda berdosa kerana hukum menyimpan janggut pun tidaklah jatuh sampai tahap wajib.
Yang kedua: Seseorang yg dipaksa tidak berdosa
Dalilnya:
Dari Tsauban ra:
ÑÝÚ Úä ÃãÊí ÇáÎØÁ æÇáäÓíÇä æÃßÑåæÇ
terjemahnya:

"Di angkat dari ummatku (hukum) jika tidak sengaja, lupa atau dipaksa"
[Daruqutni, al-Albani, Sahih alJaami'; # 4461]

Namun kita hendaklah berusaha supaya umat Islam di kalangan militer supaya dapat melaksanakan sunnah alFitrah ini sebagaimana tentera umat Islam di Arab Saudi, pakistan, Afghanistan, Iran.., mesti ada lobi dan tekanan kepada Pemerintah oleh NGO dan badan dakwah. jika pemerintah mengiktiraf sunnah kaum Sikh, kenapa tidak sunnah alfitrah umat Islam?! sekian