SJ-11-0074 : PERTANDINGAN BOLA

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0074 : PERTANDINGAN BOLA

Saya ingin menganjurkan pertandingan bolasepak futsal di kawasan saya dengan niat untuk merapatkan ukhwah dalam usaha mengajak masyarakat kepada Islam yang sebenar.

Pertandingan tersebut dicadangkan mengenakan yuran sebanyak RM50 bagi setiap pasukan yang ingin menyertainya.

Pertanyaan saya adalah boleh wang tersebut (yuran penyertaan) selepas ditolak daripada kos pengurusan yang telah dipastikan ada lebihannya digunakan untuk memberikan hadiah kepada perserta mengikut keputusan juara, naib juara, ketiga dan keempat.

Sekian . Wassalam

SJ-11-0074 : PERTANDINGAN BOLA

ÇáÌæÇÈ

alJawab:

Dalam sejarah pertandingan sukan (sports) sejak zaman salaf ada tiga bentuk penyediaan hadiah:

Pertama: Kos penganjuran dan hadiah disediakan oleh Sponsor (panganjur). alHafidz Ibn Hajar dalam alFath (6/85) berkata hal ini memang baik sekali.

Kedua: Salah seorang peserta sukan bertindak menjadi penganjur dan menyediakan dana untuk kos dan hadiah. Inipun menurut Ibn Hajar, dibolehkan.

Ketiga: Kesemua peserta mengeluarkan caruman dan kos pengajuran dan hadiah diambil dari tabungan dana tsb.

Jenis yg ketiga ini menjadi pertikaian di kalangan fuqaha', di mana Jumhur (termasuk madzhab Syafi'iy) mengharamkannya kerana menjadi seperti loteri. Yang membolehkan ialah Ibn Taymiyah dan muridnya Ibn Qayyim dengan syarat semua peserta menerima syarat2 pertandingan dan secara sukarela mengeluarkan yuran kepada pertandingan tsb. Dalilnya:
" Hai orang-orang beriman, penuhilah aqad-aqad itu" AQT almaaidah: 01

maksud aqad-aqad itu ialah bila sekumpulan mereka bersetuju akan sama-sama mengeluarkan dana dan membiayai pertandingan sukan mereka. (ibn Qayyim, alFurusiyat/77)

Adapun jika ia dianjurkan secara komersil oleh penganjur2 sukan futsal hari ini, maka ia adalah sejenis perjudian.

Rumusan:
pertandingan futsal anjuran bersama dengan mengenakan yuran bukan tujuan komersil adalah dibolehkan oleh Ibn Taymiyah jika setiap peserta meredainya. Tapi tidak boleh menyertainya jika dianjurkan secara komersil oleh pihak ketiga yang ada kepentingan keuntungan (Qardhawi, Halal & Haram fil Islam)

Jalan selamat ialah AJK pertandingan mencari sponsor dari tokoh korporat dan hanya mengenakan yuran paling minimum kpd peserta. Ini menepati hukum pertandingan dan dana hadiah di sisi jumhur. sekian