Assalamualaikum.
Saya ingin meminta penjelasan. Di Malaysia ni kita ada bank yang menawarkan kedua-dua sistem Islam dan knovensional. Contohnya AmBank dengan sistem Islamnya AmISlamic bank, BCB dan BCB Tijari dan sebagainya. Persoalannya, bolehkah kita membuka akaun menggunakan sistem Islam (contohnya BCB Tijari) di bank-bank ini memandangkan bank ini ada melakukan urusan konvensional. Walaupun kita membuka akaun secara Islam di bank ni, saya bimbang keuntungan yang bank tersebut perolehi daripada simpanan kita dalam sistem Islam(melalui pelaburan wang simpanan kita) akan membantu bank dalam urusan riba'nya dalam sistem konvensionalnya.
Harap dapat penjelasan. Terima kasih.JazakAllah khair
:wassalam
alJawab:
Kalau kita nak ikutkan formula anda itu, maka satu-satunya bank yang tulin ditubuhkan menurut akta Perbankan Islam 1983 ialah Bank Islam Malaysia Bhd ajelah...
Manakala bank2 yang anda sebutkan itu adalah hasil dari liberalisasi lesen perbankan Islam di mana Bank Negara meluluskan lagi beberapa lesen perbankan Islam kepada Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat) dan Bank Mu'amalat. Manakala bank konvernsional yang lain diberi lesen Bank Islam sebagai salah satu anak syarikatnya. Cth: AMIslamic Bank adalah anak syarikat AMBank Group. Bank Tijari adalah anak syarikat BCB Group.
Kalau kita lihat kertaskerja penubuhan perbankan syari'ah oleh bank-bank konvensional, kita dapati anak syarikat itu setelah diberi peruntukan dana oleh Perbankan Kumpulan, maka ia ditadbir urus secara berasingan dari Kumpulan. Tapi Consolidated revenue atau pendapatan kumpulan akan diisytiharkan bersama Ini hanya syarat dalam lapuran tahunan syarikat kepada pelabur dan Bursa Malaysia.
Maka jika anda ingin merasa tenteram jiwa anda, maka langkah terbaik ialah hanya berurusan (simpanan, pelaburan dan pinjaman) ialah dengan Bank Islam yg asal iaitu Bank Islam Malaysia Bhd sahaja.
Tapi dari segi keharusan, anda sebenarnya boleh berurusan dengan semua perbankan syari'ah di negara ini. Ini kerana perbankan Islam adalah masih baru dan masyarakat Islam belum betul2 sedar akan hal ini, walaupun kita amat berhajatkan kebersihan dan kahalalan tulin dalam ekonomi kita, Bank Negara dan KWSP pun masih belum diurus secara syari'ah sedangkan ia adalah induk kepada sistem ekonomi negara ini. Bank Negara misalnya adalah payung dan induk kepada seluruh aktiviti perbankan, manakala KWSP adalah induk kepada simpanan terbesar rakyat Malaysia.
Jadi sebagai langkah pertama, jika majoriti umat Islam berurusan dengan mana-mana perbankan syari'ah pun sudah amat memadai sebagai langkah pertama. Jadi kita tidak boleh rigid dan terlalu mendetail memandangkan realiti fiqh albunuk alIslami (fiqih perbankan Islam) yang masih baru menapak dan membina fiqihnya di negara kita. sekian