salam,
berikut adalah dialog saya dgn netters di http://groups.yahoo.com/group/zaharuddin/
xxul_guntureanwrote:
Assalamulaikum,Ustadz,
Saya ingin bertanya boleh kah kita membeli dinar IRAQ yang sekarang
ini berharga lebih kurang 0.001USD (kalau tak silap saya)kemudiannya
menjualnya apabila DInar Iraq itu meningkat? Boleh kah Ustadz?Harap ustadz dpt membantu, begitu juga dengan netters yang lain. Sekian
MSAR, Johor BAhru
Jawapan saya :-
wa'alaikumussalam,dari apa yang saya faham adalah .
Anda ingin beli duit kertas dinar iraq ( bukannya membeli dinar emas macam yang kelantan keluarkan tu) sekarang dengan nilai semasanya USD 0.001 = 1 dinar iraq. Dengan Niat untuk menjualnya kelak apabila harganya naik ( jika naik).
Komen :
a) Pembelian itu syubhah, kerana pastinya anda akan membeli duit kertas iraq itu melalui internet. justeru, syarat Islam dalam pembelian jual beli emas adalah di terima serah dalam satu masa, tetapi dalam hal ini, anda beli ( tukar) RM anda kpd duit iraq itu , anda bayar sekarang , tetapi pastinya anda akan menerimanya lewat. justeru, telah berlaku Riba Nasiah di situ.
b) dan anda perlu memastikan bahawa anda membeli duit iraq yang asli. Di bimbangi anda di tipu lalu membeli yang tiruan.
c) Niat anda untuk menjualnya semula bila harga naik kelak (jika naik) juga harus, ia memang mempunyai sedikit elemen ketidaktentuan (gharar) dan spekulasi (yang hampir dengan gambling = judi), tetapi elemennya tidak ketara sehingga boleh menjadikan haram. Wallahu a'lam.
d) Anda perlu ingat juga, ura-ura bahawa KONONNYA nilainya akan naik ke USD 1 = Dinar Iraq 1 adalah hanya berita-berita TANPA SEBARANG JAMINAN dan ia mungkin hanya penipuan berdasarakn suasana Iraq yang sukar di ramalkan ekonomi dan politiknya kini. Justeru, risiko untuk RUGI atau MIMPI anda tidak menjadi kenyataan adalah agak besar juga.
Justeru, jika tanya saya, saya tidak akan sekali-sekali membuat pelabur yang begini rupa, amat terdedah kepada penipuan di pelbagai tahap. elok juga, utarakan soalan undang-undang kepada Bank Negara Malaysia, samada urus niaga ini diterima.Ust zaharuddin abd rahman
http://www.zaharuddin. com3 Syawal 1427 H
26 Okt 2006
respond salah seorang netters yang telah membeli dinar iraq
wrote:
Assalamualaikum wrt wbr..alhamdulillah..
saya dah dapat info sedikit sebanyak mengenai dinar Iraq melalui Yahoogroups ini..
cuma sy ingin respon sedikit dan mohon penjelasan lanjut jika ada...saya dah pun "terlibat" dalam pelaburan dinar Iraq ini...
a) Pembelian itu syubhah, kerana pastinya anda akan membeli duit kertas iraq itu melalui internet. justeru, syarat Islam dalam pembelian jual beli emas adalah di terima serah dalam satu masa, tetapi dalam hal ini, anda beli ( tukar) RM anda kpd duit iraq itu , anda bayar sekarang , tetapi pastinya anda akan menerimanya lewat. justeru, telah berlaku Riba Nasiah di situ.gerun bila dah melibatkan riba. amat jahil saya dan tak pernah terpikir akan berlaku riba. apa hukum terhadap saya yea? tapi pembelian yang berlaku adalah melalui orang tengah, cuma pembayaran melalui internet..adakah sama juga? dan penghantaran melalui courier dalam masa 3 hari dah sampai..memang tidak diterima serah dalam satu masa..cuma stoknya berada di KL dan saya pula berada di kelate...
yg dibeli adalah collector set..berharga RM680 utk nilai dinar 41,800 dinar..bahkan 41,800 dinar kalau ditukar kepada RM sekarang cuma sekadar RM200++..
b) dan anda perlu memastikan bahawa anda membeli duit iraq yang asli. Di bimbangi anda di tipu lalu membeli yang tiruan.
setakat ini diyakinkan oleh kaunter money changer kat KL..duit dinar yg saya beli tu memang original...
c) Niat anda untuk menjualnya semula bila harga naik kelak (jika naik) juga harus, ia memang mempunyai sedikit elemen ketidaktentuan (gharar) dan spekulasi (yang hampir dengan gambling = judi), tetapi elemennya tidak ketara sehingga boleh menjadikan haram. Wallahu a'lam.
saya lega kerana ianya harus..bimbang sangat kalau haram..cuma jika ustaz ada komen lanjut apabila melihat slide yg saya upload kat yahoogroups ni..harap boleh jelaskan..
d) Anda perlu ingat juga, ura-ura bahawa KONONNYA nilainya akan naik ke USD 1 = Dinar Iraq 1 adalah hanya berita-berita TANPA SEBARANG JAMINAN dan ia mungkin hanya penipuan berdasarakn suasana Iraq yang sukar di ramalkan ekonomi dan politiknya kini. Justeru, risiko untuk RUGI atau MIMPI anda tidak menjadi kenyataan adalah agak besar juga.
Justeru, jika tanya saya, saya tidak akan sekali-sekali menyarankan melabur dalam pelaburan yang begini rupa, amat terdedah kepada penipuan di pelbagai tahap. elok juga, utarakan soalan undang-undang kepada Bank Negara Malaysia, samada urus niaga ini diterima.
risiko ni saya dah bersedia untuk tanggung...slide yang disertakan katanya adik saya dibuat dan dikaji oleh orang yg hebat juga dalam kewangan...dan sah dalam perkiraan undang2 BNM..wallahua'lam..maybe taktik orang nak kempen..tapi sbb adik saya yg kempen..rata2 dari UIA pulak..percaya lah saya,.huhu..
saya ada upload gambar dan juga fail berkaitan dinar iraq ini..minta maaf kerana guna space YG ni..saya harap ianya takde masalah...moderator boleh delete semula lepas ni..
Klik utk gambar
Klik utk fail infosaya harap ianya tidak dianggap sebagai iklan..sekadar rujukan utk ustaz..
dan laman web berkaitan adalah http://www.mydinar.netterima kasih atas masa ustaz. wallahuwaliyuttaufiq.
Jawapan Saya
wa'alaikumussalam,saya memang berharap agar sesiapa yang punyai detail tentang pelaburan ini tampil memberi gambaran lebih jelas, dan alhamdulillah, kini lebih mudah untuk mengulas. Terima kasih atas gambar set duit dinar iraq dan file yang diberi.
Berkenaan, anda yang telah terjebak..maka ia di anggap satu dosa yang telah berlaku dan displin Islam dalam hal membersihkan diri dari dosa yang telah berlalu adalah dengan :-
1) Bertawbat kepada Allah SWT.
2) Membatalkan apa jua keterlibatan melalui jalan Riba itu.Maka dalam hal ini, yang terbaik boleh saya sarankan (tetapi mungkin anda akan mengeluh)... iaitu anda menjual semula dinar yang anda beli dengan cara terlibat riba itu sebagai tanda kesungguhan dan penmyesalan benar kerana terlibatnya anda dengan Riba. Maka jumlah RM 400 ++ yang anda rugi itu anggaplah ia sebagai penebus dosa atas kekurangan ilmu sendiri.
Kemudian, berdasarkan apa yang anda sertakan dan ketulenan duit dsbgnya, saya berpandangan bahawa :-
1) Seseorang harus untuk membeli dinar itu tetapi dengan syarat mestilah terima serah itu dilakukan dalam satu masa. Ini bermakna, anda perlulah pergi ke kaunter jualan di KL atau mana jua untuk membeli set dinar Iraq itu. Tidak dibenarkan membeli by pos dan apa jua cara yang menjadikan penyerahannya tertangguh.
2) Di dalam slide ada yang menyebut bahawa jika dinar iraq yang lama di tukar kepada yang baru, maka dengan mudah anda boleh menukar kepada versi baru itu dalam masa 3 bulan dbgnya. Saya amat berharap, hal ini dapat di ambil berat dan di pastikan sendiri oleh pembeli dinar iraq ini. Ini kerana, atas kelalaian seseorang shajaa, dinarnya boleh luput tanpa sebarang ganti. Perlu diingat juga, bagaimana untuk anda yang sibuk bekerja untuk mengtahui bhawa dinar yang anda miliki sudah di tukar versinya ?. adakaha ini bermakna , si pembeli perlu atas inisiatif sendiri membuka internet dan membaca berita iraq sentiasa?.
3) Saya juga berpandangan : menurut maqasid shariah atau objektif Shariah. ADALAH TIDAK HARUS untuk seseorang yang kurang berkemampuan untuk membeli set dinar tadi walaupun harganya RM 680 sahaja. Ini kerana dibimbangi ada umat Islam yang terlampau yakin maka, sanggup bergolok gadai dan membhayakan diri dengan memebli sehingga hilang kemampuannya untuk menyara saraan wajib terhadap anak isteri dan keluarga. Dalam hal, hukum 'gharar' sudah menjadi besar dan hukum judi telah jatuh kepada si pembeli.
Ini bermakna , hukum 'judi' dalam 'spekulasi' Forex jenis ini bergantung juga kepada kemampuan individu . bagi sesetsngah iondividu yang berada, membeli RM 680 adalah tidak memberikan apa-apa mudarat kepada tanggungan wajibnya. Maka tika, itu, elemen spekulasi dan gharar tidak smapai tahap haram. Berbanding seorg yang 'miskin' yang menggadaikan kewajibannya, dengan harapan dinar itu akan naik pada satu masa yang tidak diketahui. Ia sudah jatuh dalam tahap judi. wallahu a'lam.
3) Berkenaan keyakinan anda dengan kempen nilainya seolah-olah pasti naik berdasarkan pengalaman Afghanistan dan Kuwait.. saya tidak dapat meramal masa hadapan , cuma elok jika anda baca nasihat pakar forex yang saya petik ini..yang ringkasnya mereka menyebut bahawa trend sesuatu currency amat sukar di ramal dan tak semua perbandingan boleh menghasilkan keputusan yang sama. Justeru BERHATI-HATI wahai pelabur forex dinar.
"Speculative trading of foreign exchange on margin carries a high level of risk, and is not suitable for all investors. The high degree of leverage can work for you, but against you as well. You can lose some or all of your initial stake.
Before deciding to speculate in forex you should carefully consider your investment objectives, level of experience, and risk tolerance. You should familiarize yourself with the risks associated with speculative forex trading, and seek advice from an independent financial advisor if you have any questions. Never speculate with money that you cannot afford to lose.
Investment Myths
The foreign exchange market is one of most popular markets for speculation, due to its enormous size and liquidity, as well as its tendency for currencies to move in strong trends. For these reasons, some people feel that forex speculation is an easy path to tremendous success. This is seldom so.
Extraordinary gains are seldom possible without extraordinary risks. In any undertaking involving significant risk, you must be prepared for the possibility of suffering large losses, possibly even the loss of your entire stake. Forex speculation is not easy. The forex markets are complex, and currency trends are not simple or consistently predictable. Strategies that seem to work at one time likely will not work at other times. A significant loss of risk remains regardless of your level of experience or expertise. Even traders with years of experience incur losses.
An enticing aspect of forex speculation for some is the high degree of leverage allowed. Leverage seems very attractive to those who are expecting to turn small amounts of money into large amounts of money in a short period of time. However, it can be a double-edged sword."
Justeru, harapan saya ia dapat memberi sedikit idea kepada para individu yang berminat. Pastikan tiada terlibat riba dan judi.
sekian
ust hj zaharuddin hj abd rahman
http://www.zaharuddin.com
7 Syawwal 1427 H
30 Okt 2006