SJ-11-0094 : pelaburan asb

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0094 : pelaburan asb

:salam
boleh kah kita melabur dalam amanah saham berhad...
saya pernah dengar ada ustaz tidak membenarkan..tapi ada juga yang benarkan ???
malah tg nik aziz pun pernah merasmi minggu amanah saham dikelantan..

SJ-11-0094 : pelaburan asb

:salam

isu ASB telah dijawab oleh al-Fadhil al-Ustaz Zaharuddin danbeliau adalah salah seorang panel fiqh al-Ahkam. Berikut saya lampirkan SJ beliau.

Setelah membuat kajian di ASB , maka jawapan yang paling tepat untuk soalan ASB adalah seperti berikut :-

Ia adalah haram dan tidak sah seratus peratus, seluruh dividen hasil ASB juga tidaklah sah di sudut syara' kerana sebeba berikut :-

1) Pelaburan ASB iaitu sebanyak 37.30 % ke Maybank (perbankan Ribawi yang haram memonopoli industri)
2) Commerce asset holdings berhad (Konvensional) - 1.11 %
3) British American Tobacco berhad 1.07 %
4) Malaysian National Reinsurance Berhad - 0.89 % ( insuran konvensional)

justeru, jika menurut ukur rujuk (benchmark) peratusan pelaburan haram dalam sesbuah syarikat yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti , ( rujuk keputusan Majlis Penasihat Shariah SC). Maka jumlah di atas sudah menjadikan pelaburan haram menguasi dana pelaburan ASB. ini menyebabkan nya menjadi haram.

Bagaimanapun, kemudian timbul fatwa yang menghalalkannya atas hujah di atas.

Bagaimanapun minta maaf saya katakan bahawa semua hujjah di atas terlepas pandang satu aspek kritikal dalam mengesahkan pelaburan ASB. iaitu aspek AQAD PELABURAN YANG digunakan. adakah ia mudabarah atau musyarakah atau apa?

Perlu diingat bahawa jika aqad nya tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira dalam industri halal atau haram ia dilaburkan.

Maka setelah saya merujuk ke PNB, dan buku prospektus ASB. saya dapati bahawa termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna sayarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dgn syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam.

Menurut mazhab Syafie, aqad pelaburan tadi adalah batal. Malah modal pelaburan tidak boleh dijamin oleh pihak yang mengurskan pelaburan juga di fatwa kan oleh Majma' Fiqh Islami atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen ke 9 mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga. dan dengan syarat ia tidak dimasukkan di dalam kontrak mudarabah.

Adakah ini dijaga oleh ASB...tidak sama sekali kerana mereka langsung tidak mempunyai Penasihat Shariah. Sepatutnya jika Malasyia ingin menjadi Global Islamic banking and Finance Hub.. sebagaimana di warwarkan Oleh Dato' Seri Najib, PNB harus di Islamisasikan terlebih dahulu. gunakan konsep mudarabah dalam pelaburan mereka dan melabur di kaunter halal sahaja.

Banyak lagi kaunter halal untuk melabur wp kurang sikit dividen, biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram .

adapaun berkenaan jaminan modal pelaburan yang tidak akan terlupus dan tidak akan hilang walau apa pun terjadi, maka ia tidak menepati shariah.

Sekian. Wassalam

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=category&sectionid=14&id=50&Itemid=93