Assalamualaikum
Saya ingin tahu di Malaysia ni ada ke institusi yang menawarkan pinjaman peribadi yang bertepatan dengan kehendak Islam? Pada pandangan saya, pinjaman peribadi yang ditawarkan Bank Islam kurang bertepatan kerana ada juga interest walaupun kadarnya tetap.sos
:wassalam
Sudah tiga bulan masalah ini tidak terjawab, ini kerana pakar kewangan Islam al-Ahkam, UZAR, tidak memberi respond memandangkan kesibukan beliau sebagai pakar rujuk majalah i, kerjaya baru bersama perbankan Arab dan beliau juga turut memiliki laman web beliau sendiri (uzar.com), maka segala permasalahan kewangan akan cuba kami layan, mudah-mudahan jika ada kesilapan akan mendapat input dna koreksi dari UZAR.
Berbalik kpd masalah anda:
Personal loan yg ditawarkan oleh perbankan Islam tempatan disediakan oleh perbankan syari'ah spt Bank Islam, Bank Kerjasama Rakyat dan Bank Muamalat atas nama pembiayaan al-Inah. Skim al-Inah adalah boleh dalam madzhab Syafi'iy. Kadar 7-8% yang dikenakan bukanlah bunga menurut mereka tapi keuntungan dan caj pengurusan.
Manakala pinjaman peribadi yg lebih meyakinkan diamalkan oleh Perbankan Arab yang mula memasuki pasaran kewangan Malaysia spt Perbankan alRajhi dari KSA, Kuwait Finance House. Mereka tidak menggunakan kaedah al-Inah. Lawati cawangan perbankan Arab dan cuba berbincang dengan mereka. sekian
salam,
sorry Syeikh THTL, saya hanya perasan setelah NAJI sms saya beritahu akan hal ini, so saya cuba sopy paste beberapa jwpn terdahulu saya di web saya atau dari sumber lain skdr yg sempat..
Ye wujud, tapi ia tidak dinamakan pinjaman peribadim sebaliknya "pembiayaan peribadi" kerana ia melibatkan proses aqad jual beli atau sewa dan bukannay pinjam meminjam.
Antara bentuknya, cuba buka web dubai islamic bank ini http://www.alislami.co.ae/en/personalbanking_Ijarahservices.htm
Inilah bentuk pembiayaan peribadi terbaik menurut Shariah, iaitu ia menggunakan konsep berbeza, Ijarah (sewa), Murabahah dan lain-lain aqad yang specific menurut keperluan pelanggan, sebagai contoh, apabila pelangga ingin duit untuk bayar yuran univeristinya, maka pihka bank akan menyewa dari univeristi seat di univ dan menyewakan kepada anda. Atau contoh lain, anda ingin buat majlis kahwin di hotel, tapi budjet tak cukup, maka pergi ke bank, pihak bank akan sewa ball room itu, then bank akan sewakan kepada anda pula dengan harga yang berlainan ( iaitu campur untung untuk bank).
Tapi ia memerlukan pelanggan bersikap telus dan memberitahu tujuan diperlukan ‘cash' atau duit itu. Dengan cara ini, pihak Bank Islam dapat emmantau semua wang yang keluar untuk pembiayaan peribadi digunakan untuk tujuan yang menepati Sharaih sahaja.
Adapun, jika ia dirahsiakan, maka pihak bank tidak boleh membiayainya dengan cara di atas sebaliknya terpaksa menggunakan cara yang sedikit kontreversi (kerana terdapa perbezaan pandangan ulama tentangnya) di kalangan Ulama Shariah, iaitu dengan menggunakan kaedah, Bai Inah atau Bai At-Tawarruq. Tidak sempat pula saya ingin terangkan flow konsep ini di sini.
Bagaimana nak kenalinya ? ; mudah sahaja..semua Pembiayaan Peribadi secara islam mestilah di tulis 'i' iaitu huruf i kecil di nama produknya, untuk memaklumkan bahawa ia adalah produk secara Islam. Atau lebih, mudah, di highlightkan ia adalah pembiyaan secara Islam dan organisasi itu mempunyai Penasihat Shariahnya sendiri.
tentang proses,
disertakan penerangan ringkas seroang rakan saya, maaf saya tak sempat
sila buka lanjut untuk aplikasi bai inah di
http://www.iplanner.org/?p=14