Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
1. Manakah lebih utama apabila seseorang meninggal dunia dan mempunyai wang KWSP yang telah melebihi nisab, adakah wang tersebut apabila dikeluarkan terus DI ZAKATKAN atau DI FARAIDKAN terlebih dahulu?
2. Juga pohon pencerahan dari pihak tuan mengenai keutamaan melunaskan hutang ketika hidup dan meninggal dunia iaitu hutang dengan Allah atau hutang dengan manusia?
Syukran Jazilan,
pohon pencerahan...
Please note, although no boardcode and smiley buttons are shown, they are still useable
wa'alaikumussalam.
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan Hadif_Hakimi dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Dari Abdullah bin Abbas ra, Nabi :saw bersabda :-
Hadith ini jelas menunjukkan, sebelum wang KWSP itu di agihkan hendaklah ditunaikan zakat bagi pihak si-mati dahulu. Berkata bekas Mufti Besar Arab Saudi :-
Syiekh Muhammad Salih al-Munajjid didalam menyenaraikan tanggung-jawab waris keatas harta si-mati adalah :-
a. di selesaikan perbelanjaan pengurusan jenazah menggunakan peninggalan tersebut
b. di selesaikan hutang dengan Allah swt - nazar sedekah
c. di selesaikan hutang dengan manusia
d. di tunaikan zakat jika mencukupi nisab
e. di lakukan faraa'id keatas harta tersebut.
Sekian, wassalam
p/s - Terima kasih kerana mengunjungi al-ahkam.net
خيرالأمين