:salam
1. Selama ini saya membayar zakat pendapatan saya mengikut tahun masehi iaitu pengiraan jumlah pendapatan bagi JANUARI-DISEMBER setiap tahun. Adakah perbuatan saya ini salah?
2. Sekiranya saya mula bekerja pada JUN2006, bolehkah saya membayar zakat pendapatan saya berdasarkan pro-rate dari JUN06-DIS06 bagi zakat pendapatan tahun 2006.
Contohnya:
2.5% x RM2500 x 6 bulan = RM375 (zakat pendapatan)
Harap dapat bantu.
Terima kasih.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Didalam Sharh al-Soghir ada menyebutkan bahawa pengiraan Zakat hendaklah dibuat menggunakan tahun hijrah. Walaubagaimanapun, didalam kes zakat pendapatan, gaji dinegara kita dibayar mengikut tahun masihi, jabatan-jabatan zakat negeri membenarkan pengiraan dilakukan menurut kalendar masihi. Ini adalah kerana terlalu sukar untuk memadankan pendapatan gaji yang diterima mengikut kalendar masihi kepada kalendar hijrah. Bagi zakat seperti emas, perniagaan dsb, kesukaran ini tidak timbul.
Dr. Monzer Kahf, Pakar Ekonomi dan Kewangan Islam berkata : jika terdapat kesukaran mengira mengikut bulan (lunar) hijrah, dibenar mengambil jumlah mengikut bulan "solar/gregorian" dengan cara mengubah kadar zakat dari 2.5% kepada 2.577% (= 2.5% + 2.4% darab dengan 354/365) [Fatwa IslamOnline].
Beikut juga kenyataan yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat :-
sumber : http://zakat.al-islam.com/def/default.asp?l=arb&filename=def/DESC\ITEM1\ITEM2\DESC6
Tidak ada masalah melakukan demikian, iaitu mengeluarkan zakat lebih awal dari jangka waktunya. Bolehlah tukarkan kadar 2.5% kepada 2.577% seperti kenyataan diatas. Sebaik-baik biarlah cukup haulnya. Sabda Nabi :saw :-
Sila lihat link-link yang telah dijawab oleh panel fiqh :-
SJ-11-0117 : Haul?Nisab???
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33302
SJ-11-0114 : zakat gaji wajib?
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33296
Sekian, wassalam
خيرالأمين