:salam
Ada dua keadaan nak tanya pasal zakat.
1) Saya bekerja di luar negara dan ingin bayar zakat(fitrah/harta etc). Mana lebih afdal, bayar ditempat saya ie negara barat(yg mgkn tak de orang islam yg agak miskin) atau Malaysia atau negara islam yg lebih miskin spt Palestine, Sudan, Mauritania dsb
2)Saya jugak ada isteri dan anak2 yg menetap di Malaysia. Apakah zakat saya perlu dibyr dgn matawang sini di sini, isteri dan anak2 dgn matawang ringgit di Malaysia, atau boleh bayar sekaligus dgn matawang mana2 negara asalkan ianya secupak beras(merujuk pada zakat fitrah). Utk pengetahuan panel, saya ambil jalan bayar dua zakat disini(luar negara) dan jugak dimalaysia(ie bersama2 keluarga)
Boleh ke kita (ie beberapa muslim di sini)lantik seorang yg boleh dipercayai sbg amil, katakan seorang sudanese doktor yg akan pulang ke negaranya utk byr zakat fitrah di negara sudan(sebelum hari raya eid) dgn matawang di barat??
JZK
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
1) Jika di tempat anda terdapat asnaf2 yang layak menerima zakat, maka hendaklah dikeluarkan di tempat anda menetap. Tidak harus dipindahkan ke negeri lain mengikut pendapat yang kuat. Kerana sabda Nabi SAW: "...diambil daripada orang-orang kaya mereka, dan diberikan kepada orang2 miskin mereka".
Jika tiada seorang pun yang layak menerima zakat, maka wajiblah dipindahkan zakat itu kepada asnaf2 di tempat2 lain. Sebaik2nya di negeri yang paling hampir dengan tempat anda menetap.
Majmuk 6/225, Fatwa Lajnah Daemah (no: 1449).
2) Kadar zakat Fitrah ialah mengikut makanan sesebuah negeri. Jika anda berada di US, maka berdasarkan makanan asasi di sana, dan jika isteri anda berada di Malaysia, ia mengikut makanan asasi di situ. Dan zakat anda hendaklah dibayar di tempat anda, dan zakat keluarga anda juga hendaklah dibayar di tempat mereka menetap.
Melainkan pendapat yg mengatakan harus memindahkan zakat ke negeri lain, maka dibolehkan anda membayar zakat keluarga anda di tempat anda berada.
- Pada asasnya, amil dilantik oleh pihak berkuasa tempatan bagi menguruskan kutipan zakat.
- Anda bukanlah melantiknya sebagai amil, tetapi mewakilkan dia untuk menyampaikan zakat kepada asnaf di sana. Jadi ia termasuk bab: wakalah untuk memindahkan harta zakat ke negeri lain.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com