Salam,
Dalam kehidupan hari ini, seseorang individu itu hampir tidak dapat mengelak dari membeli perlindungan insuran. Beli rumah, kenderaan atau sesuat yang berharga biasanya disyaratkan membeli bersama perlindungan insuran. di tempat kerja juga ada insuran kesihatan berkelompok. persoalannya, apakah bentuk insuran yang dibenarkan islam? Adakah terdapat contoh2 daripada sunnah mengenai perlindungan insuran? Saya terbaca tulisan Dr. Yusof al-Qaradawi dalam Halal dan Haram dlm. Islam, bahawa sesorang yang menyertai takaful tidak boleh menuntut pampasan melainkan ada peruntukan untuknya kerana ia berasaskan konsep tolong menolong. Sekiranya peruntukan telah digunakan untuk membantu orang lain terlebih dahulu, maka dia hendaklah redha. maknanya tiada jaminan atas tuntutanya.
Apakah contoh insuran yang menepati kehendak islam sekiranya ada?
Bagaimana dengan insuran nyawa?
harap pihak tuan dapat menjelaskan perkara diatas berdasarkan tuntutan Syarak?
wassalam.
Sila lihat:
http://www.darulkautsar.com/pemurniansyariat/Insuran.htm
juga http://www.zaharuddin.net
lihat sub Perbankan dan Insuran