SJ-11-0156 : Fashion Designer penin..

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0156 : Fashion Designer penin..

Assalamualaikum...
ustaz..saye ada kemuykilan tentang pereka fesyen nih..

1) Apa hukumnya fashion designer islam membuat baju yg mendedah aurat
kat non muslim??

2) Kalau non muslim tempah baju kat fesyen designer muslim..boleh x kita buat utk dia??(baju yg dia suruh buat tuh dedah aurat jugak)

harap ustaz dapat membantu saye..

SJ-11-0156 : Fashion Designer penin..

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Didalam situasi membuat atau me-reka cipta baju yang mendedahkan aurat wanita non-muslim, walaupun yang memakainya merupakan wanita non-muslim, akan tetapi, yang melihat wanita tersebut kemungkinan besar terdiri dari LELAKI muslim juga. Lelaki muslim tetap haram melihat aurat wanita muslim ataupun non-muslim. Jangan kita melibatkan diri dialam kerja-kerja yang secara tidak langsung membantu maksiat. Firman Allah swt :-

æóÊóÚóÇæóäõæÇ Úóáóì ÇáúÈöÑøö æóÇáÊøóÞúæóì æóáóÇ ÊóÚóÇæóäõæÇ Úóáóì ÇáúÅöËúãö æóÇáúÚõÏúæóÇäö
dir="ltr">"dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) " [surah al-Maaidah : 2]

------------------
Berikut kami petik fatwa Syeikh Muhammad Al-Mukhtar Al-Shinqiti, Pengarah Pusat Islam di South Plains, Lubbock, Texas :

Cara kita bersyukur kepada Allah yang telah menganugerahkan kita bakat ialah dengan menggunakannya kearah apa yang telah diajarkan. Mereka yang beriman seperti Nabi Sulaiman as. meletakkan semua yang dia ada kepada Allah dan memahami bahawa mereka diuji oleh Allah, sebagaimana firmannya :-

"Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah. " [Al-Naml : 40]

Di pihak lain pula, mereka yang tidak beriman akan meletakkan apa yang mereka ada keatas akal dan fikiran mereka. Qarun merupakan contoh terbaik sebagaimana firman Allah swt :-

"Qarun menjawab (dengan sombongnya): Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah dia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya). " (Al-Qasas 28:78)

Sahabat anda merupakan orang yang beriman sebagaimana dia mengatakan bahawa Allah telah memberikannya bakat, maka apa yang perlu dia lakukan adalah menggunakannya kejalan yang Allah redha dan melahirkan kesyukran kepadaNya. Mencipta baju yang tidak dibenarkan didalam Islam BUKANlah cara sahabat anda melahirkan tanda kesyukarannya kepada Allah. Saya menasihatkan dia agar membuat atau mencipta pakaian Islam yang dapat menarik orang ramai dan menjadikan mereka menyukai fesyen pakaian Islam. Dengan cara ini, dia akan mengkombinasikan misi pribadinya dan juga perniagaannya.

sumber fatwa : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503549146
------------------

Analogi ini juga boleh kita lihat kenapa Islam mengharamkan kita menjual khinzir dan Arak kepada Non-Muslim. Ia berdasarkan Sabda Nabi :saw :-

Åä Çááå ÅÐÇ ÍÑã ÔíÆÇ ÍÑã Ëãäå
dir="ltr">"Sesungguhnya apabila Allah mengharamkan sesuatu, dia juga mengharamkan harganya" [DiRiwayatkan oleh Imam Ahmad #2564, Sahih al-Jami' #5107]

Dengan itu, lebih baik untuk seseorang Fashion designer Islam terlibat didalam pembikinan atau me-reka cipta atau menerima tempahan baju-baju yang tidak mendedahkan aurat. Dia masih boleh menerima tempahan dari orang yang bukan Islam. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين