SJ-11-0189 : Membina laman web syarikat swasta, tetapi...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0189 : Membina laman web syarikat swasta, tetapi...

Salam,

Seseorang hamba allah mahu membina laman web untuk syarikat swasta dan sesebuah persatuan.. mengandungi maklumat seperti Artikel, Cerita Aktiviti & Gambar, Carian dan sebagainya..

Seseorang ini ingin meng'upload'kan gambar-gambar ke dalam ruangan Cerita Aktiviti & Gambar (laman web yang ingin dibina itu)...

Masalahnya disini, gambar mengenai aktiviti contohnya aktiviti lawatan ke rumah kebajikan, kempen derma darah, orientasi pelajar, pertandingan bola sepak, makan malam dan sebagainya.

Bolehkah seseorang itu meng'upload' gambar begitu tetapi ada diantara mereka dalam aktiviti-aktiviti ini membuka auratnya (tidak keterlaluan, bukan telanjang, menampakkan rambut, seluar pendek)

Apa hukumnya?

Kalau asingkan hanya gambar yang tidak membuka aurat (bertudung) tentu ada orang yang tersinggung. Terima kasih.

SJ-11-0189 : Membina laman web syarikat swasta, tetapi...

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:

Jawapan kepada permasalahan tersebut adalah berdasarkan kepada sebuah hadis nabi saw :

ÏÚ ãÇ íÑíÈÜÜÜÜß Åáì ãÇáÇ íÑíÈÜÜÜß

“Tinggalkanlah apa-apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu( HR Tirmizi no: 2520 )

Hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita , menjauhi perkara yang syubhat adalah lebih baik daripada kita melakukannya kerana dibimbangi terjerumus kepada yang haram.

Begitu juga dengan firman Allah swt dalam al-Maidah ayat 2 :

“Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan Yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang Yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang Yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, Yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan Ibadat Haji di tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)”.

Malah terdapat satu kaedah fiqh yang bersangkut paut dengan masalah tersebut :

ÇáÜÜÍÑíã áå ÍÜÜÜßã ãÇ åæ ÍÜÜÜÑíã áå

“Yang mengelilingi larangan hukumnya sama dengan yang dikelilingi”

Jelas daripada ketiga-tiga dalil diatas , bahawa melakukan perkara yang bersangkut paut dengan perkara yang haram adalah tidak dibolehkan dalam Islam, kerana secara tidak langsung ianya termasuk dalam aktiviti yang boleh menyokong dan membantu perkara yang haram tersebut.

Walaubagaimana pun , pembinaan laman web tersebut boleh diteruskan dengan mencuba sedaya upaya untuk meninggalkan segala perkara-perkara yang dilarang dalam Islam.Jika terdapat kemanfaatan dan kemaslahatan yang mungkin akan dicapai hasil daripada pembinaan laman web tersebut , contohnya dapat menyalurkan maklumat dan aktiviti-aktiviti yang sangat berguna kepada masyarakat dan masyarakat sememangnya mendapat faedah daripada laman tersebut , maka hukumnya adalah dibolehkan / dibenarkan dalam Islam.Hukumnya adalah sama seperti menjual buku-buku yang mengandungi gambar-gambar yang tidak syar’ie , tetapi didalamnya mengandungi maklumat yang berguna kepada masyarakat.Maka hal seperti itu adalah tidak mengapa.

WA

Rujukan :

http://www.islamtoday.net/questions/show_question_content.cfm?id=4058

Al-Ashbah wa al-Nazair , As-Suyuti , Dar ‘Alamul kutub , 2000

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com