SJ-11-0190 : Harta Pusaka Bercampur Riba

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0190 : Harta Pusaka Bercampur Riba

:salam:

saya ada kemusykilan. ada sorang sahabat bertanya, dia ada keluarga diluar negara. keluarga dia telah meninggal dunia agak lama dan telah meninggalkan sedikit harga antaranya wang yang disimpan dalam bank luar negara tersebut. sahabat ini pula telah ditakdirkan untuk mewarisi sebahagian harta tersebut.

persoalannya, duit dalam bank diluar negara tersebut telah lama disimpan dan banyak faedah yang terkumpul, macam mana nak dikira sebab luar negara tak guna islamic punya sistem pelaburan? boleh ke kita terima duit yang kita warisi tersebut atau boleh ke kita gunakan duit tersebut ataupun biar sahaja? kalau biar mcm rugi pula sebab makin lama makin bertambah duit tersebut dibank luar negara itu.

harap panel al-ahkam dapat merungkai kemusykilan bab harta ini.
wassalam

SJ-11-0190 : Harta Pusaka Bercampur Riba

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Dalam SJ-11-0180 kami telah jelaskan bahawa HARTA HARAM terbahagi kepada dua kategori:

i- Harta yang haram pada zatnya, seperti duit yang dirompak atau dicuri.

Harta jenis ini haram dimanfaatkan oleh mana-mana pihak, kerana ia wajib dikembalikan kepada tuannya. Kecuali jika tidak dapat dikembalikan kepada tuannya atau tidak diketahui tuannya, maka boleh disalurkan kepada perkara kebajikan, termasuklah pembinaan masjid.

ii- Harta yang haram disebabkan cara perolehannya, seperti wang yang diperolehi daripada riba, wang hasil jual beli yang haram, dan seumpamanya.

Harta jenis ini hanya haram bagi orang yang memperolehinya secara langsung. Jika ia sudah berpindah milik kepada orang lain dengan cara yang sah, maka ia tidak haram lagi kepada orang lain.

Berkenaan soalan anda secara khusus, pertukaran milik harta melalui pewarisan adalah satu transaksi yang SAH. Maka tidak salah pewaris-pewaris mengambil hartanya walaupun diyakini ia bercampur dengan riba.

Syeikh Uthaimin ditanya masalah seorang yang mewarisi harta yang diyakini sebahagiannya adalah riba yang haram, lalu jawabnya:

"Tidak mengapa. Ia adalah harus. Kerana pewaris ini memiliki harta tersebut melalui jalan yang halal iaitu pewarisan. Kecuali dia tahu behawa harta itu adalah milik orang lain, ataupun simati dahulu pernah merampas harta orang lain, maka dalam kes seperti itu ia tidak halal. Adapun jika harta itu haram dari sudut perolehannya seperti riba, maka tidak mengapa"
(Silsilah Liqaat Al-Bab Al-Maftuh)