Salam,
Bagaimana jika saya menyewakan rumah saya kepada non muslim?
Bila saya pergi ke rumah saya tu saya dapati ti-tin minuman keras berada diluar rumah,mcam mana?
Saya nak larang mereka minum minuman tu tapi bila difikirkan mereka kafir,tiada hukum bagi mereka.Minta penjelasan?
Sekarang ni kami masih dalam contract sewa setahun,adakah boleh saya menyambung sewaan kepada mereka selepas ni?
Jzzklh
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya-Allah.
Kontrak penyewaan adalah berdasarkan jangkamasa, dimana dalam tempoh terssebut penyewa tidak boleh melanggari batasan syariah, seperti menggunakan rumah tersebut bagi tujuan maksiat. Menurut jumhur Fuqaha', tidak dibenarkan menyewakan rumah bagi tujuan yang bertentangan dengan syara' (Mawsu'ah al-Fiqhiyah, 8/228). Ini termasuklah menyewakan rumah untuk digunakan sebagai kuil, gereja dsb.
Didalam kes anda, sudah tentu tujuan penyewaannya adalah untuk kegunaan tempat tinggal dan ini dibenarkan. Berkata Imam al-Sakhasi :
"Tidaklah salah menyewakan rumahnya kepada kaum Zimmi (orang kafir yang duduk didalam negara Islam) untuk tinggal didalamnya. Jika dia minum arak atau menyembah salib, atau membawa daging khinzir kedalam rumah, maka tidaklah berdosa orang Islam (tuan rumah) diatas perbuatan tersebut kerana dia tidak menyewa rumah untuk tujuan demikian" (al-Mabsuut, 16/30).
Sekian, wassalam
خيرالأمين