SJ-12-0003 : Isteri kahwin lain?tapi suami tak mati lagi??

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0003 : Isteri kahwin lain?tapi suami tak mati lagi??

assalamualaikum wahai sumer netterz al-ahkam!!!:hello2:
mcm mana la kalau seorang suami pergi perang...perang apa apa je la...lepas tu si suami tak pulang selama bertahun-tahun..
si isteri pula menyangka suaminyer telah mati..oleh krn si isteri menyangka si suami telah mati maka si isteri pun kahwin ngan laki lain.
selepas beberapa tahun berkahwin semula,si suami yg lama balik.So,camna nak selesaikan hal ni?? :-k
Perlukah si suami yg baru menceraikan si isteri barunyer?atau si suami yg lama tidak lagi mempunyai hak keatas diri isterinya?
Maaf yer...sbb soalan ni tak 'match' ngan umur saya yg masih remaja nie..cuma nak tanya untuk pengetahuan netterz al-ahkam dan saya.. :hiding:

SJ-12-0003 : Isteri kahwin lain?tapi suami tak mati lagi??

:salam

Dlm kelaziman praktis undang2 keluarga Islam, para qadhi mewajibkan si suami melafaz Sighah Takliq dlm borang 1F. Lafaz nya berbunyi begini atau semisal dgnnya:
"Bahawa adalah saya...dengan sesungguhnya telah melafazkan taklik yang berbunyi:
(a) tiap-tiap kali saya tinggalkan isteri saya...lamanya tempoh empat bulan berturut-turut;
(b) atau saya tidak memberi nafkah yang wajib kepadanya lamanya empat bulan atau lebih;
(c) atau saya menyakiti tubuh badannya;
(d) atau saya tidak memperdulikan lamanya empat bulan maka bolehlah isteri saya itu mengadukan kepada mana-mana kadi dan jika disabitkan oleh kadi akan aduannya maka gugurlah talak saya satu."

Sekiranya terjadi dlm perkara demikian, si isteri boleh melaporkan/memohon terus kpd pihak qadhi dan pihak qadhi dgn kuasa yg sediaada boleh memisahkan suami isteri tersebut yg telah melanggar sighah takliq itu.

:wassalam

SJ-12-0003 : Isteri kahwin lain?tapi suami tak mati lagi??

Soalan diatas lebih kepada hukum mafqud(presumption of death).

Jika isteri telah mengambil/guna prosiding taalik atau fasakh.Maka berlakulah perceraian seperti mana yang dipohon,dan suami (jika muncul semula) tiada mempunyai apa-apa hak keatas bekas isterinya itu.

Jika wanita yang menyangka suami yang lama ghaib telah mati atau disangka mati,maka prosiding yang sesuai ialah dengan memfailkan pemohonan mafqud ke Mahkamah di bawah seksyen 54 Enakmen/Akta Undang-Undang Keluarga.

Proviso yang berkaitan ialah:

Seksyen 54 (1) Jika suami seseorang wanita telah mati atau dipercayai telah mati,atau telah tidak didapati apa-apa perkhabaran mengenainya selama tempoh 7 tahun atau lebih,dan hal keadaan adalah sebegitu hingga ia patut,bagi maksud membolehkan perempuan itu berkahwin semula,dianggap mengikut Hukum Syara`sebagai telah mati,tetapi perakuan dibawah ordinan Pendaftaran kelahiran Dan Kematian 1957 tidak dapat diperolehi.atas permohonan perempuan itu dan selepas apa-apa penyiasatan yang wajar,mengeluarakan,dalam borang yang ditetapkan,suatu perakuan menganggap suami itu telah mati,dan kemudian dari itu adalah bebasa berkahwin semula mengikut enakmen ini.

(2) Perakuan yang dikeluarkan dibawah sub seksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai perakuan kematian suami dalam erti kata seksyen 14(4) (b)....

Permohonan anggapan mati ini adalah dibawah bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah.

Kita lihat nanti perbahasan ulamak mengenai mafqud dan andaian jika suami didapati hidup semula.

SJ-12-0003 : Isteri kahwin lain?tapi suami tak mati lagi??

Fuqaha` menakrifkan al-Mafqud sebagai:

Satu Istilah yang digunakan bagi seseorang yang telah ghaib atau pergi dari negeri dan ahli keluarganya tidak diketahui tempatnya,telah terputus khabar berita,tidak diketahui samada dia masih hidup atau telah mati,dan keadaan itu berlalu setelah sekian lama.(Istilah ini adalah rangkuman dari Istilah yang diberikan oleh Fuqaha` Mazhab )

Penetapan kematian itu adalah diistiharkan oleh Hakim setelah meneliti dan menyiasat bukti-bukti yang dikemukakan oleh pemohon.

(Lihat Fiqh Sunnah,Juz 14 ms 281,Kasyaf al-Qina`:j 2 ms 590,al-Fatawa al-Hindiyyah j 2:299)

Batas Waktu.

Fuqaha` selisih dalam menentukan batasan waktu .Di Riwayatkan dari Imam Malik r.a bahawa beliau berkata mesti berlalunya masa empat tahun,berdasarkan athar sahabat.Saidina Omar pernah berkata:

`Setiap isteri yang ditinggalkan suami,sedang dia tidak mengetahui dimana suaminya,maka dia hendaklah menunggu selama 4 tahun,kemudian dia beriddah selama empat bulan sepuluh hari,kemudian bebaslah ia.

Riwayat al-Bukhari dan al-Syafie.

Dalam Kitab Mughni al-Muhtaj dinyatakan bahawa:
~Barangsiapa yang telah pergi atau hilang serta terputus khabarnya dan ada baginya harta yang perlu diwarisi,maka hendaklah ditahan dulu hartanya sehingga nyata bukti atas kematianya,ataupun ada sebarang petanda yang lain dan berlalu masa yang lama dan dengan sangkaan yang berat bahawa ia telah mati,maka penentuan itu (kematian) hendaklah didasarkan pada ijtihad hakim ketika itu dan dihukumkan dengan kematianya.(Mughni al-Muhtaj j 3:26-27/497 inilah pandangan yang sahih dalam Syafieyah)

Itulah juga pandangan yang mashur dari Imam Abu Hanifah dan Abu Yusuf.Imam Ahmad pula melihatnya dalam dua keadaan,jika hilang ditempat yang ada wabak/perang atau tempat tidak selamat(negara musuh) maka dikira masanya 4 tahun sebagaimana athar diatas.Jika ditempat sebaliknya maka kehilangan itu boleh dihukumkan sebagai mati setelah berlalu tempoh masa yang ditetapkan dan berdasarkan ijtihad hakim setelah bukti-bukti dikemukakan padanya(Hakim)(lihat Kasyaf al-Qina`: j 3 ms 266).

Undang-Undang Keluarga Di Malaysia telah mengambil tempoh waktu selama 7 tahun sebagai tempoh yang boleh memungkinkan orang yang hilang dihukum sebagai telah mati.(lihat Seksyen 54 UKIP).

Suami yang telah dihukum sebagai telah mati muncul kembali>:

Jika belum berkahwin maka isteri itu dalah haknya,tidak perlu pada nikah yang baru.

Jika isterinya telah berkahwin tetapi belum disetubuhi:

Maka isteri itu kepunyaan oarang yang hilang itu.Keadaanya sama seperti hukum diatas.

(lihat al-Majmuk Syarah al-Muhazzab j 12:616)

Jika isteri telah disetubuhi suami nya yang baru:

Suami yang mafqud ittu diberi pilihan samada hendak kembali isterinya atau memilih untuk mengambil balik maharnya yang telah diberikan.Jika memilih untuk ambil balik mahar maka hak perempuan itu pada suaminya yang kedua.Inilah pegangan para sahabat berdasarkan riwayat dari Muamar dari al-Zuhri sesungguhnya Omar dan Othman keduanya telah berkata: Jika sekiranya kembali suaminya pertama maka beliau diberi pilihan samada hendakan perempuan itu atau mahar yang telah diberikanya.

Ibnu Qudamah dalam al-Mughni menyatakan:: Dan tidak seorangpun diketahui menginkari perkara tersebut pada zaman mereka itu,dan jadilah ianya Ijmak.(al-Mufassal j 8 :458).WA