SJ-12-0040 : Had Masa Seorang Suami Bermusafir

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0040 : Had Masa Seorang Suami Bermusafir

Assalamua'alikum wrt wbt...

Para panel yg dihormati,

Dalam masalah ini;
Seorang suami yang bekerja jauh dari keluarga (isteri & anak)
1) Si suami sentiasa mengirimkan wang (nafkah zahir) untuk perbelanjaan si isteri dan anak setiap bulan cuma nafkah batin tidak dapat dipenuhi kerana jarak yang menhalang.
2) Si suami sentiasa menghubungi si isteri melalui telefon & surat untuk bertanyakan khabar berita.
3) Hubungan suami isteri adalah baik.

Soalan;

1) Apakah ada sebarang had masa/waktu didalam Islam bagi seorang suami yang keluar mencari nafkah keluarga (seorang suami yang bekerja di luar negara/outstation) kerana memenuhi kehendak syarikat tempat si suami berkerja.

2) Apakah hukumnya si suami tidak menyediakan nafkah batin kepada si isteri selama tempoh si suami bermusafir (Outstation)

Sekian

Wassalam.

Re: SJ-12-0040 : Had Masa Seorang Suami Bermusafir

:salam

tiada dalil secara qat'ie mengenai berapa lama kadar sang suami boleh bermusafir.

Ttp pada zaman umar spt yg diriwayatkan dlm fatwa umar li Aziz Al-Hallawi, dari Abu Hafs dari Zaid bin Aslam, suatu ketika umar berjalan di tengah malam beliau terdengar rintihan seorang wanita. Lalu umar pulang dan bertanya kpd anaknya hafsah, "berapa lamakah wanita sanggup ditinggalkan oleh suaminya." Lalu hafsah menjawab 5-6 bulan.
lantaran jawapan anaknya itu, umar memerincikan spt berikut utk pejuang2 Islam pada zamannya:
1. Perjalanan pergi 1 bulan
2. Berada di medan perang 6 bulan
3. Perjalan pulang 1 bulan
4. 4 bulan tinggal bersama isteri

Imam ahmad Rh menerima ketetapan umar yakni 6 bulan tempoh permusafiran sang suami. kalau lebih dari itu, isteri boleh memohon kpd sang hakim.

Dlm fiqh islami wal adillatuhu oleh Wahbah Az-Zuhaili menyebut qaul hanabilah bahawa sang suami mesti menjimakkan isterinya sekurang2nya setiap 4 bulan sekali. Suami yg tidak ada keuzuran utk pulang spt belajar, berniaga; wajib baginya pulang utk pulang seketika.

:aklam