Bagaimana pula jika seseorang itu telah menggalui seorang perempuan tetapi tidak mengahwini perempuan tersebut sebaliknya berkahwin dengan anak perempuan itu? dan aper maksud dlm firman Allah yang berbunyi :
" tetapi jika kamu belum campur dengan isteri kamu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya"...????
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-12-0041 smbgan dari tajuk berkawin dgn anak tiri
Primary tabs
Fri, 07/05/2004 - 9:31am
#1
SJ-12-0041 smbgan dari tajuk berkawin dgn anak tiri
:salam
Fuqaha' berbeza pendpt akan hal di atas. Kita ringkaskan pedpt mereka di bawah:
1) Penzinaan tidak mengharamkan pernikahan dgn wanita yg dizinai, anaknya dan jgua ibunya. Ini merupakan pendpt yg masyhur dari kalangan as-Syafi'iyah dan juga Malikiah. Antara dalilnya:
Drpd Ibn Umar, bhw Nabi saw ditanyakan tentang lelaki yg berzina dgn seorang lalu ia hendak mengahwini anak2 perempuan itu. Maka sabda Baginda saw, "Yg haram tidak mengharamkan yg halal. Sesungguhnya yg haram itu hanyalah apa yg disebabkan dgn perkahwinan."[HR Ibn Majah. Juga diriwayatkan drpd Aishah oleh al-Baihaqi. Tetapi beliau memandangnya dhaif]
Di samping itu mereka juga berdalilkan kpd ayat berikut:
"...Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian ..."[Surah an-Nisa' ayat 24]
Ayat di atas menegaskan bhw selain apa yg dijelaskan oleh Allah dalam ayat2 al-Qur'an, maka harus utk dikahwini lelaki.
2) Penzinaan itu mengharamkan pernikahan. Pendpt ini berasal dari Hanbaliah dan juga Hanafiah. Dalilnya adalah sebuah hadis berikut:
Seorang lelaki telah bertanya kpd Baginda saw, "wahai Rasulullah, saya telah berzina dgn seorang perempuan semasa jahiliyyah. Apakah boleh saya mengahwini anak perempuannya?" Jawab Baginda saw, "Saya tidak berpendapat begitu, adalah tidak sesuaikamu mengahwini seorg perempuan utk kamu kecapi anak perempuannya spt kamu kecapi pada dirinya."
Namun hadis di atas adalah mursal dan munqathi' spt yg dijelaskan oleh Obn Humam dlm Fath al-Qadir.
Dr Wahbah al-Zuhaily mengatakan:
"Dgn melihat dalil2 kedua belah pihak dan dgn mengenal pasti kelemahan dalil pihak pertama(iaitu pendpt no 2 di atas), maka nyatalah bagi kita utk mengambil pendpt pihak kedua(pendpt yg pertama di atas) demi menjaga antara halal yg disyaratkan dgn haram yg dilarang."1
Kesimpulannya, berdasarkan mazhab syafi'i, anak kpd perempuan yg dizinai, boleh berkahwin dgn lelaki yg berzina dgn ibunya itu. WA.
Adapun maksud ayat di atas, ialah isteri yg dikahwini, tetapi tidak berlaku persetubuhan(hubungan seks) antara kedua pasangan tersebut tetapi telahpun bercerai, maka anak isteri itu(anak tiri suami) boleh dinikahi oleh suaminya.
:wassalam
1. Lihat Dr wahbah al-Zuhaili, Fiqh Islami wa Adillatuhu Juz 7.(Terjemahanya DBP dgn tajuk Fiqh dan Perundangan Islam, Jilid 7, m/s: 193)
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.