Assalamualaikum,
Saya baru melahirkan anak pada awal Januari lalu. Pada hari ke-20 sehingga ke-35 darah nifas tersebut bertukar kepada warna kuning. Tetapi, pada hari ke 35 hingga 44, darah berwarna merah dan banyak.
Saya syak itu haid memandangkan saya tidak breastfeed sangat kepada bayi saya, memandangkan bayi saya tidak berminat menyusu badan (only kalau diperah kepada botol susu, baru dia minum).
Persoalannya starting from day 45 hingga hari ini (ke-53), masih ada lagi lendir berwarna kuning. Adakah itu lendir nifas yang belum habis keluar atau keputihan?
Adakah saya perlu solat? Menurut pandangan kawan saya, tidak perlu solat lagi selagi masih ada lendir kuning tersebut? Sampai bila harus saya menunggu?
Saya rasa was-was mengenai perkara ini memandangkan sudah lama saya tidak solat. Tambahan pula, rasa amat bersalah pada suami yang sudah lama menunggu.
:wassalam
Jawab
1. Hari pertama - ke 35 itu adalah period Nifas kerana batas maksima Nifas ialah 40 hari.
Dalil: HR Abu Daud, atTermidzi dan Ibn Majah dari ummu Salamah ra, " Pada Zaman RasuluLlah saw masih hidup, (perempuan2) yg nifas menahan diri selama 40 hari. (sahih: alAlbani dalam alIrwa : 1/222 dan Sahih Sunan Abu Daud (1/62)
2. Hari ke35-44 itu adalah darah Haidh. Wanita mengenali darah ini dari warna dan baunya.
3. Hari 45-kini adalah istihadzah
Dalil: HR alBukhari, Abu Daud dan alHakim dari Ummu 'Athiya ra
" kami tidak menganggap darah yg berwarna hitam bercampur putih atau KUNING sebagai darah haidh (bila keluar di luar batas haidh). (alAlbani dalam alIrwa': 1/218; Ibn Hajar, aalhafeedz, Fath alBari 1/426)
Fatwa Grand Mufti of KSA, Syaikh Baz, Fatwa Lajnah Daimah 5/415
Sepatutnya anda telah solat mulai hari ke 45. sekian
Peringatan: Untuk benar-benar meyakinkan rujuklah juga Doktor anda. Ini kerana pesan Imam Malik , "aku lebih suka menyerahkan masalah ini (haidh dan Nifas) kepada yg ahli dalam bidangnya." (Bidayah alMujtahid: 1/52 oleh Ibn Rusyd alMaliki)