SJ-12-0139 : Hukum sentuh maknyah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0139 : Hukum sentuh maknyah

aslm wbt

apakah hukumnya menyentuh mak nyah

SJ-12-0139 : Hukum sentuh maknyah

:wassalam

alJawab:

Mak nyah atau dalam bahasa arabnya ialah golongan khuntsa atau dalam bahasa Inggeris ialah hermaphrodite. Menurut istilah fiqh, khuntsa ialah manusia yang diragui jantinanya atau orang yg memiliki dua alat kelamin (zakar dan faraj) (alMughni, 6/336)

Maka Fiqh Islami membahagikan khuntsa kepada dua bahagian: Khuntsa Wadhih (jelas dan nyata) yakni khuntsa yang jelas menampakkan ciri-cirinya samada lelaki atau perempuan yakni semasa kecil diperhatikan kencingnya keluar dari kemaluan yang mana satu. Jika kencingnya keluar dari zakar, maka ia khuntsa lelaki yg wadih dan begitulah sebaliknya (alMughni, ibid)
Yang kedua ialah Khuntsa Musykil atau khuntsa yang tidak dapat dipastikan melainkan hingga ia baligh dan melihat ciri-ciri fizikalnya, samada ciri-ciri maskuliniti (kelelakian) atau feminiti (keperempuanan) yang lebih banyak. Hari ini ia dapat ditentukan dengan bantuan sains perubatan canggih untuk melihat imbangan kromosom (komposisi gene).

Balik kepada soalan asal, apakah hukum menyentuh khuntsa, maka soalan balas kami ialah apakah tujuan 'sentuhan' tersebut? Jika sentuhan itu untuk mendapat nikmat (sentuhan dengan ghairah) maka ia diharamkan.
Jika sentuhan itu dalam hukum spt wudhu', maka ia bergantung kepada madzhab yang dipilih oleh kita. Jika dalam fiqh Syafi'iyah menyentuh jantina yang berlainan jenis dan bukan mahramnya, maka membatalkan wudhu' secara mutlak. Jika lelaki menyentuh khutsa yang wadhih lelaki, maka tak apa-apa,. tapi jika ia menyentuh pondan yg wadhih (jelas) perempuan, maka samalah hukumnya dengan menyentuh perempuan tulin dalam madzhab Syafi'iy. Dalam madzhab lain, ia bergantung kepada apakah sentuhan itu mendatangkan ghairah atau nikmat atau bangkit syahwah. Jika bangkit syahwat, maka batallah wudhu'. Jika dalam madzhab Hanafi, tidak batal secara mutlak. Begitulah jawapan kami memandangkan soalan anda begitu ringkas dan tidak khusus mengenai sentuhan yang macam mana...