SJ-12-0164 : meminta cerai

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0164 : meminta cerai

soalan2 drpd weblog http://soaljawab.wordpress.com

assalammualaikum ustaz…

ustaz saya ingin bertanya, dua minggu yang lepas saya meminta suami saya untuk melepaskan saya (cerai) tetapi bukan atas niat saya sendiri. saya meminta cerai kerana suami saya sudah lama tidak memberikan nafkah batin terhadap saya… saya meminta cerai dgn harapan suami saya akan memujuk saya tetapi sebaliknya… suami saya hanya mengucapkan ok…. tetapi tidak melafazkan…. adakah talak tersebut sah?

SJ-12-0164 : meminta cerai

:salam

Persoalan talak hendaklah dirujuk kpd mahkamah syariah. Apa sahaja yg diperkatakan di luar mahkamah, maka ia tidak diambil kira. Kewujudan mahkamah syariah utk menentukan status talak berkenaan adalah bertujuan utk memelihara maslahah ummah.

Ala kulli hal, dari segi teorinya, talak berkenaan termasuk dalam lafaz talak kinayah yg memerlukan kepada niat. Jika semmgnya si suami mempunyai niat sedemikian, maka jatuhlah talak itu.

wassalam