saya telah mengirim soalan yang sama tetapi belum di jawab.
Soalan: adakah suatu pernikahan itu sah atau tidak jikalau menggunakan nama yang palsu.
lelaki bernama A. Perempuan nya bernama (C - Bukan nama sebenar) (B adalah nama sebenar perempuan itu)
jadi pernikahan itu berlaku dengan menikahkan nama lelaki A dengan Nama perempuan C.
antara rukun nikah ialah: WANITA YANG DINIKAHKAN.
berdasarkan hadis-hadis peristiwa pernikahan pada zaman Nabi, ulama mengambil hukum bahawa TIDAK DISYARATKAN menyebut nama perempuan yang mahu dinikahkan. Memadai dengan hanya menentukan wanita tersebut samada dengan isyarat atau lain-lain. Point penting: MENENTUKAN WANITA YG DINIKAHKAN.
oleh itu,
-seorang yang mempunyai SEORANG ANAK PEREMPUAN yg bernama Fatimah, apabila berkata, "Aku nikahkan kamu dengan anak perempuanku Aisyah", maka SAH akad nikah, kerana perkataan 'anak perempuanku' sudah merujuk kepada Fatimah. manakala kata-katanya "Aisyah" tidak membawa apa2 makna dan kesan. kerana perkataan "anak perempuanku" LEBIH KUAT daripada perkataan "Aisyhah".
-seorang wali yang mahu menikahkan salah seorang anaknya yang berada dalam bilik, lalu berkata: "Aku nikahkan kamu dengan anakku yang berada dalam bilik ini" kemudian menamakan dengan nama palsu, dalam kes ini pun SAH akad nikah itu, kerana apabila dia mengatakan "anakku yg berada dalam bilik itu" bererti dia telah menentukan pengantin perempuan. apabila sah penentuan itu, sebutan nama palsu tidak memberi apa2 kesan.
-hatta para ulama menyebut: Kalau si wali berkata: "Aku nikahkan kamu dengan anak lelakiku ini" dan menunjukkan ke arah salah seorang anak perempuannya, maka SAH akad nikah itu. kerana yang diambil kira ialah: PENENTUAN. apabila dia tunjuk pada anak perempuannya, SAH penentuan itu, dan sebutan nama palsu tidak memberi kesan.
wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com