SJ-12-0202 : Isteri Memasak

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0202 : Isteri Memasak

:salam

Moga kita dirahmati Allah hendaknya...

Ada ustaz beri pandangan...bahawa ada dalam kitab2 fiqh bgtau bahawa tugas memasak ini adalah t/jawab lelaki...maka si suami kena laksanakan t/jwb ini...

Tapi adat di Msia...tugas memasak sudah diberikan kepada si isteri...beliau berpandangan...Adat al-Muhakkamah...dan hujah beliau lagi...Isteri wajib taat pd perintah suami..apabila si suami menyuruh isteri masak...maka ketika itu..wajip ke atas isteri menunaikan perintah tersebut...hatta dalam perkara ibadat sunat yg dilaksanakan oleh isteri..kalo suami perintah abaikan...kena abaikan...kerana perintah suami ketika itu jatuh wajib...

Betul ke pandangan ini???

lagi satu...jika masalah ini berlaku...kalo suami perintahkan isteri memasak...maka si isteri plak menyuruh anaknya memasak...adakah isteri dianggap derhaka??...bagaimana kedudukan ini Y.Bhg Ustaz panel???

Ustaz tersebut bg 2 pandangan apabila ia diajukan soalan begini.....
1) Jika suami perintahkan isteri memasak...yg sebenarnya hajatnya (si suami)adalah sediakan makanan utknya makan...maka memadailah ia menyuruh anaknya memasak tersebut....dalam erti kata lain anak bantu memasak utk sediakan makanan utk ayahnya...

2) Jika apa yg dihajati oleh suami itu bersangatan kepada air tangan isterinya sendiri...maka ketika itu...nak tak nak...isteri kena sediakan makanan....

Adakah pandangan begini memadai utk digunapakai???

SJ-12-0202 : Isteri Memasak

:wassalam

alJawab:

Benar seperti apa yang dikatakan. Dalilnya Mu'awiyah bin Haidah alQusyairi datang bertanya akan Nabi SAW, apakah hak isteri atas suami. Nabi bersabda," hendaklah kamu memberinya makan bila kamu makan dan memberinya pakaian apabila kamu berpakaian." (HR Abu Daud, dinilai Hasan oleh al-Albani dalam Adab al-Zifaf/208)

Namun kata Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dalam Fatawa al-Kubra (4/561), sudah menjadi adat yg muhkamat atau amalan yang dipraktikan di zaman salaf, bahawa wanitalah yang menyediakan makanan (memasak) dan tugas-tugas surirumah yang lain. Ini diamalkan secara berterusan hingga kini dan tidak ada sebarang kejanggalan akan amalan ini. Namun, kata Syaikhul Islam, ia kenalah bersesuaian dengan taraf atau status sosial isteri. Jika isteri dari orang berada dan bangsawan, maka suami hendaklah menyediakan orang gaji.

Maka adalah tidak benar, bahawa isteri di dapur itu hanya adat di Malaysia, bahkan ia adat hampir seluruh bangsa di dunia ini.

sekian