SJ-12-0204 : Perihal kahwini ahli kitab

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0204 : Perihal kahwini ahli kitab

:salam

Bolehkah seseorg lelaki Islam mengahwini wanita dr ahli kitab yg staunch & cukup syarat2nya:-

i) tidak bercita2 utk sedaya-upaya menariknya masuk Islam, cuma sekadar ajak,nasihat, tunjuk akhlak mulia dan terpulang pd si bini tu. Di samping itu, hidup mereka kekal harmoni n beranak-pinak

ii) kes lain: katakan si bini tu masih ahli kitab dan nak pergi ke gereja, bolehkah si suami tolong hantarkan; ataupun si bini tu nak buat small altar dlm rumah? Boleh ke?

iii) sah ke buat pre-nuptial agreement spt di Barat?

jkk

SJ-12-0204 : Perihal kahwini ahli kitab

:wassalam

al-Jawab:

Hukum mengahwini perempuan suci ahlil kitab adalah Halal/Boleh, disepakati oleh empat Imam Besar Sunni dengan perincian syarat-syaratnya. walaupun begitu kehalalan itu lebih kepada hukum makruh di sisi tiga madzhab utama kecuali Malikiah yang menetapkan ia harus mutlak. (Imam Nawawi, alMajmuu', XVI/233)

i) Tujuan anda mengahwini perempuan ahlil kitab ialah dgn harapan dan cita2 utk dia akhirnya memeluk Islam. Ini dapat dicapai jika perempuan itu statusnya adalah ahlu zimmah (warga negara bukan Islam yg menjadi warga negara Islam) atau wanita yang mana negaranya dikuasai oleh tentera Islam. Para salaf dahulu mengahwini perempuan kitabiah kerana negara tersebut ditakluk oleh Islam (alMajmu' ibid) Dr al-Qardhawi menggariskan beberapa syarat yang ketat utk mengahwini wanita kitabiah, antaranya wanita itu mesti asli ahlil-kitab, maksudnya dia meyakini keujudan Pencipta alam, keujudan Hari Kiamat, Syurga dan Neraka. Dia juga adalah wanita yg suci. antara syarat lain, wanita itu bukan dari negara yg bermusuhan dgn Islam. Dari manakah kita ingin mendapatkan kitabiah sekarang kerana kebanyakan negara utama kitabiah menghantar tentera ke Iraq, antaranya US, UK, Spain, Itali, Perancis dan negara2 EU yg lain. Maka wanita mereka tidak boleh dikahwini kerana negara mereka memerangi negara umat Islam buat masa ini.
Manakala di Malaysia, enakmen hukum kekeluargaan Malaysia menolak perkahwinan dgn ahlil Kitab. Maka perkahwinan yang dinyatakan di atas tidak boleh berlaku di Malaysia kerana kekeliruan dalam status ahlil kitab.
Rumusan: perkahwinan tanpa cita-cita menariknya kepada Islam adalah tidak dibolehkan kerana bercanggah dengan dasar kaum salaf yang berkahwin di zaman lampau dengan harapan mereka memeluk Islam memandangkan ketika itu Islam berkuasa dan umat Kristian menjadi warga yang bernaung di bawah kekuasaan Islam. Adapun mengahwini wanita ahlil kitab di negara maju spt USA dan Eropah tidak kuat utk menarik wanita ahlil kitab kepada ajaran Islam, memandangkan Islam amat lemah di negara2 tersebut (pendapat Islam Qn A)

ii) Perkahwinan dgn wanita kitabiah mensyaratkan suami berkuasa sepenuhnya dan berhak menetapkan peraturan dalam rumahtangga.
Dalilnya: al-Nisaa: 141 (Allah sekali-kali tidak beri jalan bagi orang kafir memusnahkan orang beriman)
Ini boleh berlaku bila penduduk ahlil kitab menjadi warga negara Islam.
Oleh itu pembinaan altar atau tempat sembahyang orang Kristian dalam rumah tidak boleh kerana lambang salib dan patung-patung Jesus/Mary yang bercanggah dgn akidah Islam, manakala menghantar isteri ke gereja itu adalah boleh, asalkan dia tidak membawa anak-anak bersamanya ke Church atau sinagog (Islam QnA)

iii) Perkahwinan hendaklah dilangsungkan mengikut cara Islam bukan di gereja atau sinagog. Ini kerana perkahwinan dgn wanita kitabiah hendaklah dalam suasana Islam berkuasa dan bukannya di negara Kristian, di mana mereka berkuasa. Ini adalah fatwa Lajnah Fatwa KSA.

sekian