salam..sy ingin bertanya jika ayah kepada seorg anak perempuan ingin mengahwinkan anaknya itu pada seorg lelaki tetapi anak dia itu tidak menyukai lelaki berkenaan malah sudah mempunyai pilihan utk dirinya sendiri, adakah anak perempuan itu wajib taat pada ayahnya? atau perempuan itu boleh memilih pilihannya sendiri dan berkahwin dgn berwalikan ayahnya seperti biasa? adakah wali mempunyai hak 100% dlm menentukan perkahwinan anak nya? jika beza antara wali iaitu ayah dan abg lelaki..adakah abg lelaki mempunyai hak 100% utk mengahwinkan adik nya tanpa adik perempuannya bersetuju dgn pilihan abg nya itu? wslm
Sumber Rujukan Islam Anda..
Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,
1.Sabda Rasulullah SAW:
áóÇ ÊõäúßóÍõ ÇáúÃóíøöãõ ÍóÊøóì ÊõÓúÊóÃúãóÑó æóáóÇ ÊõäúßóÍõ ÇáúÈößúÑõ ÍóÊøóì ÊõÓúÊóÃúÐóäó ÞóÇáõæÇ íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö æóßóíúÝó ÅöÐúäõåóÇ ÞóÇáó Ãóäú ÊóÓúßõÊó
"Seorang wanita janda tidak boleh dikahwinkan begitu saja sebelum diminta persetujuannya dan seorang gadis tidak boleh dikahwinkan sebelum diminta izinnya." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! bagaimana caranya kami memperoleh izinnya?" Jawab Rasulullah, "Izinnya ialah jika ia diam." (H.R Bukhari & Muslim)
2.Sabdanya lagi:
Ãóäøó ÇáäøóÈöíøó Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ÇáúÃóíøöãõ ÃóÍóÞøõ ÈöäóÝúÓöåóÇ ãöäú æóáöíøöåóÇ æóÇáúÈößúÑõ ÊõÓúÊóÃúÐóäõ Ýöí äóÝúÓöåóÇ æóÅöÐúäõåóÇ ÕõãóÇÊõåóÇ
"Seorang janda lebih berhak atas dirinya daripada walinya. Dan seorang gadis harus diminta persetujuan daripadanya, persetujuannya itu ialah jika ia diam." (H.R Muslim)
3.Dalam hadith lain:
Úóäú ÎóäúÓóÇÁó ÈöäúÊö ÎöÐóÇãò ÇáúÃóäúÕóÇÑöíøóÉö Ãóäøó ÃóÈóÇåóÇ ÒóæøóÌóåóÇ æóåúíó ËóíøöÈñ ÝóßóÑöåóÊú Ðóáößó ÝóÃóÊóÊú ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÝóÑóÏøó äößóÇÍóåõ
"Diriwayatkan dari Khansa binti Khidzam Al-Anshariyah r.a. bahawa ayahnya menikahkannya dalam keadaan janda. Ia tidak menyukai pernikahan itu. Maka ia mengadukan hal itu kepada Rasulullah s.a.w dan Rasulullah s.a.w membatalkan pernikahannya." (H.R Bukhari & Muslim)
Difahami dari hadith-hadith ini bahawa para wali hendaklah meminta izin atau persetujuan sebelum menikahkan anak perempuan mereka. Dan anak perempuan yang janda jika dinikahkan tanpa persetujuan mereka, maka pernikahan itu terbatal.
Dengan itu, ulama telah berselisih pendapat mengenai hak perkahwinan pada wali:
1. Wali tidak mempunyai hak untuk menikahkan anak perempuannya samada gadis atau janda kecuali dengan izin atau persetujuan anak perempuannya. Ini adalah pendapat Imam Awza'ie & Imam Abu Hanifah.
2. Wali mempunyai hak untuk menikahkan anak perempuannya yang masih gadis tanpa izin anak perempuannya jika wali tersebut bapa kepada gadis itu. Ini adalah pendapat Imam Syafie & Imam Ahmad.
Dengan ini, menurut Mazhab Imam Syafie: seorang bapa boleh menikahkan anak gadisnya tanpa izin. Walaupun begitu, bagi mereka, bapa ini disunatkan meminta izin terlebih dahulu berdasarkan hadith-hadith di atas.
Tetapi, seorang datuk atau abang yang menjadi wali kepada gadis tersebut tidak berhak untuk menikahkan gadis itu. Hanya bapa sahaja yang berhak menikahkan tanpa izin. Dan wali tidak berhak menikahkan anak perempuan yang janda tanpa persetujuannya walaupun wali tersebut bapanya sendiri.
Rujukan:
- Sahih Bukhari
- Sahih Muslim
- Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi
Wallahu a3lam