SJ-12-0240 : isteri anak luar nikah, boleh kahwin ....

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0240 : isteri anak luar nikah, boleh kahwin ....

Saya telah berkhawin, setelah 2 tahun mendirikan
> rumah tangga saya mendapat tahu yang isteri saya
> adalah anak luar nikah dengan saya mencari sendiri
> buktinya. Setelah itu saya ingin mengahwini adik
> perempuannya. Adakah islam membolehkan poligami
> macam ni. Minta penjelasan ustaz.

aslm wbt

di atas adalah soalan drpd seorg saudara kita:secara detail keadaan dia mcm ni

1) dia bernikah tanpa tahu pmpuan itu anak luar nikah krn pmpuan tu dibintikan kpd suami ibunya. maka nikah diwalikan oleh lelaki itu. soalan bgmana dgn nikah mrk? yg saya tahu xsah sbb lelaki2 xd kuasa sbg wali. so apa patut dilakukan. perlukah dipisahkan n dinikahkan semula?

2) boleh kah si lelaki ini bernikah dgn saudara perempuan ini, maksudnya dgn anak si ibu yg lahir dgn jalan yg sah iaitu dgn jalan slps perkahwinan.

SJ-12-0240 : isteri anak luar nikah, boleh kahwin ....

Salam,

No 1-Bagi saya keadaan tersebut perlu pada penelitian dalam beberapa hal.Keterangan pihak-pihak adalah perlu.Di sana ada beberapa perbahasan mengenai sabitan nasab(cuba cari kat arkib AAN ni).Elok dirujuk ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk penelitian lebih terperinci.mahkamah akan meneliti dari semua aspek dan akan memutuskan samda perlu di faraqkan pernikahan tersebut atau tidak.Terkadang fakta yang kita tahu atau dapat(di luar) berbeza dengan keterangan yang diberi dalam Mahkamah.

No 2-Nasab anak tak sah taraf dalah sabit dengan ibu,jadilah anak tersebut dengan yang adik beradik lain saudara perempuan seibu.Perkahwinan yang menghimpunkan adik-adik beradik ni(termasuk seibu) adalah dilarang.Anak itu Juga berhak pusaka mempusakai. antara satui sama lain.Wa

SJ-12-0240 : isteri anak luar nikah, boleh kahwin ....

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Jawapan Syeikh tytsezh sudah memadai, jadi ini sekadar maklumat tambahan sahaja berkaitan pendapat dan khilaf Ulama tentang perkara ini:

Quote:
1) dia bernikah tanpa tahu pmpuan itu anak luar nikah krn pmpuan tu dibintikan kpd suami ibunya. maka nikah diwalikan oleh lelaki itu. soalan bgmana dgn nikah mrk? yg saya tahu xsah sbb lelaki2 xd kuasa sbg wali. so apa patut dilakukan. perlukah dipisahkan n dinikahkan semula?

1) Menurut kaedah Mura'atul Khilaf, pasangan itu tidak perlu dipisahkan kerana telah berkahwin sejak 2 tahun yang lalu. Ulama mengiktiraf perkahwinan yang telah berlaku seumpama ini.

Di dalam hadis sahih Nabi s.a.w bersabda:

ÃíãÇ ÇãÑÃÉ äßÍÊ ÈÛíÑ ÅÐä æáíåÇ ÝäßÇÍåÇ ÈÇØá ¡ ÝäßÇÍåÇ ÈÇØá ¡ ÝäßÇÍåÇ ÈÇØá ÝÅä ÏÎá ÈåÇ ÝáåÇ ÇáãåÑ ÈãÇ ÇÓÊÍá ãä ÝÑÌåÇ

"Sesiapa perempuan yang berkahwin tanpa izin walinya maka pernikahannya adalah batal, pernikahannya adalah batal, pernikahannya adalah batal. Dan sekiranya mereka telah bersetubuh maka perempuan itu berhak mendapat mahar di atas apa yang berlaku". (H.R Syafie, Ahmad, Tirmidhi, Abu Daud dll)

Hadis di atas menerangkan bahawa pernikahan yang berlangsung tanpa keizinan wali adalah terbatal.

Dan pada bahagian kedua hadis menerangkan, sekiranya kita tidak mengetahui atau tidak dapat mengesan sehingga pasangan telah bersetubuh bahawa ia tiada keizinan wali disebabkan kejahilan atau sebarang sebab maka hukum pernikahan yang rosak ini seperti hukum pernikahan yang sah yang mana perempuan ini berhak mendapat mahar, mewarisi harta pusaka, menasabkan anak kepada kedua ibu bapa, mengharamkan perkahwinan persemendaan dan lain-lain hukum.

Ini menunjukkan pernikahan yang rosak seperti ini mempunyai hukum pernikahan yang sah. Jika ia tidak dikira sah maka ia akan dikira sebagai zina dan ulama telah bersepakat pernikahan yang rosak ini bukan zina sekiranya ia tidak dapat dikesan atau dipisah sehingga pasangan telah bersetubuh. Hukum ini bertukar dari batal kepada sah sekiranya ada persetubuhan selepas pernikahan yang rosak. (rujuk al-Muwafaqat oleh Imam as-Syatibi: 5/191)

Ini menunjukkan perhubungan mereka adalah halal dan tidak patut dipisahkan mengikut pandangan ulama khususnya keizinan wali merupakan perkara khilafiah dan jika dipisahkan mungkin boleh menyebabkan kemudharatan yang lebih teruk.

Quote:
2) boleh kah si lelaki ini bernikah dgn saudara perempuan ini, maksudnya dgn anak si ibu yg lahir dgn jalan yg sah iaitu dgn jalan slps perkahwinan.

2) Ulama telah berbeza pendapat mengenai masalah anak zina adakah sabit keturunannya atau tidak? Yang menyebabkan mereka khilaf adakah bapa zina boleh bernikah dengan anak zinanya atau tidak? Dan adakah boleh berkahwin dengan emak perempuan yang telah dizinai itu? Ada yang berpendapat boleh dan ada yang kata tidak boleh. (lihat penjelasan dalam Tafsir Qurtubi: 5/114)

Disebabkan perbezaan pendapat ini, adakah boleh berpoligami dengan dua adik-beradik perempuan salah seorangnya anak zina? Mereka yang kata sabit keturunannya mengharamkan poligami itu dan mereka yang kata tidak sabit keturunannya menghalalkan poligami itu.

Tetapi jika dilihat tujuan dan hikmah dari larangan berpoligami antara adik-beradik perempuan ialah untuk mengekalkan kasih-sayang dan hubungan erat antara mereka. Kerana dengan poligami akan menyebabkan mereka rasa cemburu dan bermusuhan yang boleh memutuskan hubungan baik yang sedia ada.

Dengan sebab ini juga dilarang poligami yang mengabungkan antara perempuan dan emak saudaranya seperti di dalam hadis, supaya dapat menjaga hubungan antara mereka.

Wallahu a3lam