Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,
Mariah al-Qibtiyya ( ãÇÑíÉ ÇáÞÈØíÉ) adalah hamba sahaya Rasullullah SAW yang telah dihadiahkan oleh al-Muqauqis dari Mesir dan merupakan Ibu kepada Ibrahim anak Nabi SAW.
Setelah kewafatan Baginda SAW, Mariah r.a telah menjadi orang yang merdeka dan wafat pada zaman Khalifah Umar r.a
Mereka yang menyebut bilangan isteri Nabi SAW seramai 11 orang, memasukkan Mariah r.a secara taghlib bukan secara hakiki.
Wallahu a3lam
Rujukan:
- Usdul al-Ghabah li Ibn al-Athir
- Fathul Bari li Ibn Hajar
soalan:
aslm wbt
apakah yg dimaksudkan dgn taghlib tu?
Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,
Perkataan Taghlib adalah berasal dari ghalaba yang bermaksud mengalahkan/menang dan ghallaba yang bermaksud mempermenangkan.
Taghlib pula boleh diberikan maksud: Mempermenangkan salah satu pihak kerana kekuatannya.
Contoh 1:
Sehelai kain berwarna putih yang mempunyai beberapa bintik hitam, kita mengatakan kain itu berwarna putih, walaupun terdapat sedikit bintik-bintik hitam tersebut. Ini kerana warna putih itu telah mengalahkan warna hitam. Apabila kita mempermenangkan warna putih ini maksudnya kita mengatakan kain itu berwarna putih itu secara taghlib.
Contoh 2:
Seorang ustaz mendapati 30 dari 31 orang anak muridnya tidak membawa kitab ketika datang ke kelas. Kemudian ustaz itu berkata: semua tidak bawa kitab! Maksud semua tak bawa kitab adalah secara taghlib kerana bilangan mereka lebih ramai.
Penjelasan:
al-Hafizd Ibn Hajar ketika menjelaskan sebuah hadis Sahih Bukhari mengenai isteri-isteri yang dikelilingi Nabi SAW; riwayat yang menyebut Nabi SAW mengelilingi 11 orang isteri telah memasukkan Raihanah r.a dan Mariah r.a sebagai isteri Baginda SAW secara taghlib. Dan riwayat 9 orang isteri adalah maksud sebenar. Apabila 2 orang hamba ditambah dengan 9 orang isteri, maka boleh disebut 11 orang isteri secara taghlib.
Walaupun disepakati Rasulullah SAW mempunyai 11 orang isteri sebenar, tetapi Baginda SAW tidak pernah menghimpun 11 orang isteri dalam satu masa, kerana Khadijah r.a wafat sebelum hijrah dan Zainab binti Khuzaimah r.a wafat 2-3 bulan selepas berkahwin.
Oleh itu, riwayat yang menyebut Nabi SAW mengelilingi 11 orang isteri telah memasukkan Raihanah r.a dan Mariah r.a sebagai isteri Baginda SAW secara taghlib.
Wallahu a3lam
Rujukan:
- Fathul Bari li Ibn Hajar
- Nazariatul Taqrib wa at-Taghlib li Dr. Ahmad Raisuni