Berkenaan jimak pada MALAM JUMAAT, kami tidak mendapati dalil yang sahih dan jelas tentangnya. Kecuali beberapa hadis yang direka-reka Syiah kononnya Nabi SAW berwasiat kepada Ali r.a. supaya jimak pada malam-malam tertentu antaranya malam Jumaat. Wasiat ini hanya didapati dalam sumber Syiah.
Manakalah hukum sunat jimak pada PAGI JUMAAT, sebahagian ulama mengatakan sunat berjimak pada pagi Jumaat, berdasarkan kepada satu isyarat dalam hadis Nabi SAW. Iaitu:
Maksudnya: "Sesiapa yang memandikan dan mandi, keluar pada waktu pagi dan bersegera, menghampiri dengan imam dan tidak melakukan perkara yang lagha (sia-sia), maka diberikan kepadanya dengan setiap langkah amalan setahun dengan puasanya dan qiyamnya". Direkod oleh: Abu Daud (no: 345), Tirmizi (no: 496), Nasai (no: 1381), Ibn Majah (no: 1087) dan lain-lain. Dinilai HASAN oleh Imam Nawawi dalam Majmuk 4/542.
Perkataan ÛÓá diriwayatkan dengan dua bacaan:
i) Dengan tasydid. Bacaan ini membawa beberapa penafsiran. Antaranya: "Sesiapa yang menyebabkan isterinya wajib mandi". Ertinya melakukan jimak dengan isterinya pada pagi Jumaat sebelum keluar ke masjid.
ii) Dengan takhfif (tanpa tasydid). Ia membawa beberapa pengertian. Antaranya ialah jimak, sebagaimana kata seorang pakar lughah al-Azhariy.(Majmuk 4/543).
Jadi, berdasarkan kedua-dua riwayat ini dengan penafsiran seperti ini, sebahagian ulama mengambil istinbat sunat jimak pada pagi Jumaat.
Walaubagaimanapun, di kalangan ahli tahqiq, yang sahih ialah riwayat takhfif (tanpa tasydid), tetapi penafsirannya ialah: membasuh kepala, BUKAN jimak.
Kata Imam Nawawi: "Yang dipilih ialah pendapat yang menjadi pilihan Imam Baihaqi dan lain-lain ulama tahqiq iaitu dibaca dengan takhfif, dan maknanya ialah: membasuh kepala. Ia dikuatkan dengan riwayat Abu Daud dalam hadis ini "Sesiapa membasuh kepalanya pada hari Jumaat dan mandi". Abu Daud dalam Sunannya dan Baihaqi meriwayatkan tafsiran seperti ini daripada Makhul dan Said bin Abdul Aziz. Kata baihaqi: "Ia jelas dalam riwayat Abu Hurairah dan Ibn Abbas daripada Nabi SAW". (Majmuk 4/543).
Juga terdapat satu hadis lain yang dikatakan boleh menguatkan pendapat sunat jimak pada hari Jumaat, iaitu: "Adakah lemah salah seorang kamu untuk jimak pada setiap hari Jumaat, maka baginya dua pahala; pahala mandinya dan pahala memandikan isterinya". Direkod oleh Baihaqi dalam Syuab al-Iman, dan beliau menilainya dhaif.
Kesimpulan, hukum sunat jimak pada hari Jumaat adalah khilaf di sisi ulama.
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
Berkenaan jimak pada MALAM JUMAAT, kami tidak mendapati dalil yang sahih dan jelas tentangnya. Kecuali beberapa hadis yang direka-reka Syiah kononnya Nabi SAW berwasiat kepada Ali r.a. supaya jimak pada malam-malam tertentu antaranya malam Jumaat. Wasiat ini hanya didapati dalam sumber Syiah.
Manakalah hukum sunat jimak pada PAGI JUMAAT, sebahagian ulama mengatakan sunat berjimak pada pagi Jumaat, berdasarkan kepada satu isyarat dalam hadis Nabi SAW. Iaitu:
ãä ÛÓá æÇÛÊÓá æÛÏÇ æÇÈÊßÑ æÏäÇ ãä ÇáÅãÇã æáã íáÛ ßÇä áå Èßá ÎØæÉ Úãá ÓäÉ ÕíÇãåÇ æÞíÇãåÇ
Maksudnya: "Sesiapa yang memandikan dan mandi, keluar pada waktu pagi dan bersegera, menghampiri dengan imam dan tidak melakukan perkara yang lagha (sia-sia), maka diberikan kepadanya dengan setiap langkah amalan setahun dengan puasanya dan qiyamnya". Direkod oleh: Abu Daud (no: 345), Tirmizi (no: 496), Nasai (no: 1381), Ibn Majah (no: 1087) dan lain-lain. Dinilai HASAN oleh Imam Nawawi dalam Majmuk 4/542.
Perkataan ÛÓá diriwayatkan dengan dua bacaan:
i) Dengan tasydid. Bacaan ini membawa beberapa penafsiran. Antaranya: "Sesiapa yang menyebabkan isterinya wajib mandi". Ertinya melakukan jimak dengan isterinya pada pagi Jumaat sebelum keluar ke masjid.
ii) Dengan takhfif (tanpa tasydid). Ia membawa beberapa pengertian. Antaranya ialah jimak, sebagaimana kata seorang pakar lughah al-Azhariy.(Majmuk 4/543).
Jadi, berdasarkan kedua-dua riwayat ini dengan penafsiran seperti ini, sebahagian ulama mengambil istinbat sunat jimak pada pagi Jumaat.
Walaubagaimanapun, di kalangan ahli tahqiq, yang sahih ialah riwayat takhfif (tanpa tasydid), tetapi penafsirannya ialah: membasuh kepala, BUKAN jimak.
Kata Imam Nawawi: "Yang dipilih ialah pendapat yang menjadi pilihan Imam Baihaqi dan lain-lain ulama tahqiq iaitu dibaca dengan takhfif, dan maknanya ialah: membasuh kepala. Ia dikuatkan dengan riwayat Abu Daud dalam hadis ini "Sesiapa membasuh kepalanya pada hari Jumaat dan mandi". Abu Daud dalam Sunannya dan Baihaqi meriwayatkan tafsiran seperti ini daripada Makhul dan Said bin Abdul Aziz. Kata baihaqi: "Ia jelas dalam riwayat Abu Hurairah dan Ibn Abbas daripada Nabi SAW". (Majmuk 4/543).
Juga terdapat satu hadis lain yang dikatakan boleh menguatkan pendapat sunat jimak pada hari Jumaat, iaitu: "Adakah lemah salah seorang kamu untuk jimak pada setiap hari Jumaat, maka baginya dua pahala; pahala mandinya dan pahala memandikan isterinya". Direkod oleh Baihaqi dalam Syuab al-Iman, dan beliau menilainya dhaif.
Kesimpulan, hukum sunat jimak pada hari Jumaat adalah khilaf di sisi ulama.
Wallahu A'lam
http://abuumair1.wordpress.com