SJ-12-0282 : suami larang isteri pakai niqab

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0282 : suami larang isteri pakai niqab

assalamualaikum..

saudara yg saya hormati dan saya kasihi.disini saya berminat untuk menujukan soalan yg berkaitan hukum memakai niqob.

1.Adakah dibolehkan si suami memerintahkan kepada isterinya membuka niqob setelah berkahwin?yang mana isterinya memakai niqob sebelum berkahwin.
2.Adakah hukumnya haram atau harus perintah sisuami pada isterinya? :

SJ-12-0282 : suami larang isteri pakai niqab

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Jawapan bagi soalan 1 :

Hukumnya adalah boleh si suami untuk memerintahkan kepada isterinya supaya membuka niqob walaupun sebelum berkahwin , si isteri telah menjadikan pemakaian niqob sebagai pakaian hariannya.

Jawapan bagi soalan 2 :

Perintah suami dalam keadaan tersebut tidaklah boleh dianggap sebagai perintah yang haram dan tidak wajib diikuti.Ini kerana dalam hal pemakaian niqob itu sendiri ianya adalah perkara yang menjadi khilaf dikalangan ulama , malah hukum pemakaiannya menurut kebanyakan Ulama dan ahli Ilmu ialah sunat , bukannya wajib.Itu pun jika ingin memakainya adalah atas sebab mahu mengelakkan fitnah.

Maka dalam hal tersebut , mentaati perintah suami supaya tidak memakai niqob adalah lebih utama daripada memakainya.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com