SJ-12-0353 : Ta'liq talak 3 jika khianati jemaah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0353 : Ta'liq talak 3 jika khianati jemaah

:salam

Moga dirahmati Allah...

'sekiranya kami mengkhianati parti maka akan tertalak tigalah isteri-isteri kami',"

antara hujah dan alasan lafaz tersebut diterima pakai:
1- menunjukkan kesetiaan mereka kepada parti sama dengan isteri serta keluarga
2- dilakukan bagi menjamin kesetiaan mereka(calon p/raya) yang telah dipilih
3- Bai'ah atau sumpah taat setia akan jatuh talak tiga terhadap isteri mana-mana pemimpin yang mengkhianati parti
4- "Ia bagi menunjukkan kepada semua wakil rakyat sekiranya mereka menganggap soal rumah tangga adalah perkara penting, begitu jugalah kesetiaan kepada parti dan rakyat,"

Sila rujuk:
1- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
2- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm
3- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
-----------------------

Persoalan,
1- Bolehkah lafaz ini digunakan??

2- Mungkinkah lafaz sedemikian digunakan sbb ada pertimbangan dari sudut fiqh siasi, haraki, jihad, aulawiyyat, ihtiyati dan sbgnya atau digunakan kaedah2 fiqh..'apabila berhimpun 2 kemudaratan...hendaklah menolak kemudaratan yang lebih besar dengan memakai kemudaratan yang kecil' ??

3- Mungkinkah sirah sahabat Hanzhalah bin Abu Amir r.a boleh dijadikan hujah dan sandaran melalui pehamanan yg sebaliknya???..yakni jika sahabat r.a tersbt mampu menggadaikan kenikmatan dunia (isteri) krn menyahut seruan jihad pada ketika ingin mendaulatkan agama...malah ia kini digunakan sebaliknya (mafhum mukhalafah) iaitu...perkara sebegini (lafaz ta'liq) digunakan sbg satu tanda sanggup menggadaikan kenikmatan dunia (isteri) pada ketika cuba mengkhianati agama melalui wadah parti yg memperjuangkan Islam....

Terima kasih...:wassalam

Re: Ta'liq talak 3 jika khianati jemaah

Dari sudut feqahnya:

- Mentaklik cerai dengan perkataan seperti "Jika saya melakukan perbuatan ini, maka isteri saya tercerai / tertalak", termasuk dalam permasalahan sumpah dengan sighah (perkataan) cerai.

- Dalam permasalahan di atas, mereka seolah-olah bersumpah untuk tidak mengkhianati parti/jemaah, dengan menggunakan lafaz cerai sebagai ungkapan sumpah.

- Masalah seperti ini tidak pernah berlaku pada zaman sahabat. Ia mula dibincangkan pada zaman tabieen, dan terdapat khilaf adakah sah cerai taklik seperti ini ataupun tidak dikira cerai taklik.

- Mazhab Syafie, Ahmad dan sebahagian tabien mengatakan sah takliknya, yakni: jika dia melakukan perbuatan itu maka isterinya tercerai.

- Ada pendapat yang mengatakan tidak dikira cerai taklik. Ia dikira sebagai sumpah, dan dia hanya perlu membayar kaffarah sumpah jika melakukan perbuatan tersebut.

- Hujah kedua-dua pendapat ini dibincangkan panjang lebar oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dalam kitab Qawaed Nuraniyyah. Dan beliau mentarjihkan pandangan kedua, yakni tidak jatuh cerai tetapi mesti dibayar kaffarah sumpah.