SJ-12-0355 : wanita haid masuk masjid

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0355 : wanita haid masuk masjid

:salam
mohon dalil yang jelas ttg penjelasan HUKUM wanita masuk masjid ketika haid. Jazakallah

Re: wanita haid masuk masjid

:salam

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد

Ulama sepakat mengatakan bahawa wanita yang berjunub adalah dilarang daripada memasuki masjid.Manakala ulama berselisih pendapat tentang kedudukan wanita yang haid.Ini adalah disebabkan status hadis larangan daripada memasuki masjid oleh wanita haid yang dipertikaikan kehujahannya.

Secara ringkasnya ia terbahagi kepada 2 pendapat :

Pertama : Golongan yang mengharamkan yang dipegang oleh 4 imam mazhab Abu Hanifah , Malik , Syafie dan Ahmad.Golongan ini bersandarkan 2 hadis dibawah :

جَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَوُجُوهُ بُيُوتِ أَصْحَابِهِ شَارِعَةٌ فِي الْمَسْجِدِ فَقَالَ وَجِّهُوا هَذِهِ الْبُيُوتَ عَنْ الْمَسْجِدِ ثُمَّ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَمْ يَصْنَعْ الْقَوْمُ شَيْئًا رَجَاءَ أَنْ تَنْزِلَ فِيهِمْ رُخْصَةٌ فَخَرَجَ إِلَيْهِمْ بَعْدُ فَقَالَ وَجِّهُوا هَذِهِ الْبُيُوتَ عَنْ الْمَسْجِدِ فَإِنِّي لا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلا جُنُبٍ

“Nabi saw datang ke Masjid Nabawi. Di kala itu muka pintu rumah para sahabat Nabi saw bersambungan dengan Masjid Nabawi. Baginda lantas bersabda: “Palingkan rumah-rumah kamu ke arah lain daripada masjid” Kemudian baginda memasuki masjid. Orang ramai belum mengambil apa-apa tindakan pun kerana mengharapkan agar turun kepada mereka kelonggaran. Setelah itu baginda keluar bertemu mereka. Baginda lantas bersabda lagi: “Palingkan rumah-rumah kamu ke arah lain daripada masjid, kerana sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid ini untuk perempuan haid dan orang yang berjunub”
(HR Imam Abu Daud no.201 , tetapi dinilai dhaif oleh Al-Albani dalam Dhaif Al-Jami’ Al-Shogir : 6117 dan Irwaul Ghalil : 193)

Hadis kedua ialah hadis Ummu Salamah r.anha

دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَرْحَةَ هَذَا الْمَسْجِدِ فَنَادَى بِأَعْلَى صَوْتِهِ إِنَّ الْمَسْجِدَ لا يَحِلُّ لِجُنُبٍ وَلا لِحَائِضٍ

“Baginda saw masuk ke masjid lalu menyeru dengan suara yang lantang: “Sesungguhnya masjid ini tidak halal untuk perempuan berjunub dan perempuan yang haid.”
(HR Imam Ibn Majah no.637 juga didhaifkan oleh Albani dalam Sahih wa Dhoif Sunan Ibn Majah : 645)

Kedua-dua hadis di atas menurut Imam Syaukani adalah lemah.Maka golongan kedua iaitu golongan yang mengharuskan wanita haid masuk ke masjid beranggapan bahawa tidak ada hujah dari sudut dalil yang kuat dan jelas yang melarang wanita yang dalam keadaan haid untuk masuk ke masjid.Maka dengan sebab itu mereka berpegang kepada hukum asal dalam berbuat sesuatu iaitu harus.
(Imam Asy-Syauqani, Nailul Autor, juz 2, hlm 94)

Terdapat satu fatwa dalam Lajnah Daimah lil Ifta ( 6 / 272 ) , yang menyebutkan tentang hukum wanita yang dalam haid untuk memasuki masjid untuk mendengar khutbah.Fatwa sebagaimana berikut :

لا يحل للمرأة أن تدخل المسجد وهي حائض أو نفساء . . . أما المرور فلا بأس إذا دعت إليه الحاجة وأمن تنجيسها المسجد لقوله تعالى : ( وَلا جُنُباً إِلا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا ) النساء/43 ، والحائض في معنى الجنب.

Tidak halal wanita yang dalam haid atau nifas untuk masuk ke masjid.Adapun jika melalui didalamnya (tanpa tinggal diam dalam satu-satu tempoh) bagi menunaikan sesuatu hajat dan dapat mengelakkan daripada wanita itu menajiskan masjid (disebabkan oleh darah yang menitik keluar) , maka ianya adalah tidak mengapa berdasarkan firman Allah swt :

“(jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub melainkan orang yang melintasinya sehinggalah kamu mandi.”

Dan wanita-wanita yang Haid adalah termasuk dalam makna junub.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com