SJ-12-0361 : Had perbalahan suami-isteri

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0361 : Had perbalahan suami-isteri

:bismillah
:salam

Moga dirahmati Allah,

Antara Lafaz Ta'liq Negeri Perak:
"Jika ada perbalahan diantara kedua aku laki-isteri maka mengadu isteriku.............kepada mana2 Kadi Syarie dan sabit pengaduannya pada sisi kadi itu, maka mengakulah aku akan berta'liq seperti dipersetujui kadi itu. Sekiranya ingkar aku daripada berta'liq sedemikian itu maka gugurlah satu talaq di atas isteriku itu".

Persoalan merujuk kepada perkataan 'perbalahan'...

1) Apakah atau bagaimanakah penilaian atau had maksima perbalahan disisi Kadi/Hakim untuk menggugurkan satu talaq kepada isteri atas lafaz ta'liq suami???

2) Apakah perbalahan tersebut bermaksud kepada 3 perkara...iaitu nusyuz, syiqaq dan darar???...atau ada penilaian lain??

Pohon pencerahan....t.kasih.

:wassalam

Re: Had perbalahan suami-isteri

Taklik Negeri Perak agak berbeza dengan negeri lain dan agak pelik sedikit.

1) Tiap-tiap aku tinggalkan atau tiada aku memberi nafkah yang layak bagiku akan isteriku (nama isteri) tiga bulan atau lebih lamanya dan mengadu ia kepada mana-mana kadi syarie dan sabit pengaduannya pada sisi Kadi itu, maka tertalak isteriku itu dengan satu talak.

2) Jika ada perbalahan kedua aku laki isteri maka mengadu isteriku (nama isteri) kepada mana-mana kadi syariah dan sabit pengaduannya pada sisi kadi itu, maka mengakulah aku akan bertaklik seperti yang dipersetujui kadi itu. Sekiranya ingkar aku daripada bertaklik sedemikian itu maka gugurlah satu talak di atas isteriku itu.

3) Tiap-tiap aku rujuk akan isteriku (nama isteri), dengan tiada redanya, maka tertalaklah ia satu talak pula.”

Bagi menjawab persolah tersebuh(apa dimaksudkan dengan `perbalahan`.?

(Saya difahamkan taklik diatas telah dimansuhkan dan diselaraskan seperti megeri lain)

Dalam Seksyen 48 Undang-Undang Keluarga Islam Perak(04).perbalahan tersebut pada istilah (syiqaq) Dr Wahbah(Fiqh Islami) mentakrifkan syiqaq sebagai: pergaduhan yang melampaui batas kemuliaan,mental dan fizikal yang akhirnya membawa pada mudarat(dharar).Seksyen 48 ini memperuntukan jika berlaku demikian kedua pasangan boleh melantik hakam,dan hakam akan melaporkan kepada pihak Mahkamah(Hakim) pasangan ini boleh berdamai atau tiada jalan selain perceraian.Proses tahkim ini memakan masa dan memerlukan kerjasama pihak-pihak.

Berbalik pada taklik yyang disebut diatas-tatacara begini....A dipukul oleh B(suami)..A mengadu(fail kes dimahkamah) dan/atau..A mengaku/disabitkan melalui keterangan,maka Mahkamah boleh menyuruhnya bertaklik(contoh:jika aku pukul/maki/hina atau dera atau apa jua yang patut kepada isteri aku lagi maka jatuh satu talak).JIka A akur bertaklik..maka jadilah dia suatu taklik baru(jika langgar maka maka jatuh talak),jika dia enggan bertaklik(depan hakim) automatik jatuh talak akibat keengganaya itu sebagaimana lafaz taklik
...Sekiranya ingkar aku daripada bertaklik sedemikian itu maka gugurlah satu talak di atas isteriku itu.;;;
.

taklik begini telah mendapat kritikan dari beberapa pihak..akhirnya dia dimansuhkan(?)alhamdulillah.

bagaimana nak bukti?kembali kepada wasail al-ithbat...syahadah / bayyinah,berat beban bukti sehingga mampu meyakinkan mahkamah.WA