SJ-13-0022 : makna AL

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0022 : makna AL

Akum..
Saya nak tanya apakah yg dimaksudkan dengan perkataan AL seoerti AL Quran..AL bagi surah2
sekian

SJ-13-0022 : makna AL

:salam

Dlm bahasa arab, huruf Alif Lam - AL, ia merupakan ism ma'rifat. Maksudnya, ia tidak bersifat umum tetapi dikhususkan kpd tertentu. Lawannya ism nakirah bermaksud lebih kepada keumuman.

Contoh nama surah. Kalau disebut baqarah sahaja, ia hanya merujuk kpd sapi betina secara umum. kalau diletakkan al-baqarah, maka ia merujuk khas kpd sapi betina tertentu spt yg disebut dlm alquran.

re: SJ-13-0022 : makna AL

assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Terima kasih ustaz Ziy@d. Kita juga boleh memberi sedikit ilustrasi didalam bahasa inggeris penggunaan 'AL' ini. Isim ma'rifah didalam bahasa Inggeris dikenali dengan definite noun dengan menggunakan perkataan THE, dan Isim Nakirah dikenali dengan nama indefinite noun. Contohnya :-

1. Isim Ma'rifah (Definite noun) - The book atau Al-Kitab (الكتاب) - menunjukkan buku yang tertentu / diketahui akan buku tersebut.
2. Isim Nakirah (Indefinite noun) - a book atau Kitab (كتاب) - tidak menunjukkan buku yang mana satu, umum sahaja.

Begitulah serba sedikit mengenai penggunaan huruf AL yang boleh disamakan dengan penggunaan THE didalam bahasa inggeris, WA.

wassalam.

خيرالأمين