Seorang anak angkat perempuan yang tinggal bersama keluarga angkatnya telah diperkosa dan dicabul oleh bapa angkatnya sejak tingkatan 3 hinggalah ke tingkatan 5 (3 tahun). Anak angkat tadi tidak dapat berbuat apa-apa kerana bergantung hidup dan tiada siapapun yang percaya akan kisah malangnya ini, memandangkan kedudukan bapa angkatnya di dalam masyarakat. Walaupun perkara ini telah berlalu hampir 19 tahun dan anak angkat tadi sudah bersuami dan mempunyai anak, namun trauma yang dialami masih kekal. Bapa angkat tadi tidak pernah memohon maaf di atas perlakuan binatangnya itu dan setiap kali berjumpa dengan bapa angkat tadi ketika melawat ibu angkatnya anak angkat tadi akan berasa tidak selesa dan memandang hina terhadap bapa angkatnya. Persoalannya, apakah tindakan yang wajar di sisi Islam yang perlu diambil oleh anak angkat tadi terhadap bapa angkatnya itu demi menjaga kesihatan mentalnya dan nama baik suami dan keluarganya sendiri.
Sumber Rujukan Islam Anda..
:salam
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Pertama-tamanya, hendaklah mangsa ingat akan Allah s.w.t. Bertaqwa kepadanya dengan sebenar-benar taqwa.
Keduanya, hendaklah beliau bersabar dengan musibah yang menimpanya. Dengan kesabaran terhadap musibah yg dahsyat ini, mudah2an Allah akan mengampuni dosa2nya. Atau akan mengangkat darjatnya di sisiNya.
Taqwa dan kesabaran inilah ubat paling mujarrab bagi segala musibah yang menimpa.
Sakit adalah musibah. Peperangan juga musibah. Kehilangan orang yang dikasihi juga bencana. Kejadian gempa baru-baru ini adalah malapetaka. Kejadian rogol dan perkosaan juga adalah musibah.
Semua orang dalam kehidupannya menghadapi dugaan dan ujian. baik dia itu mukmin atau kafir. Soleh atau fasiq. Kaya atau miskin.
Ada yang diduga hingga nyawa terancam.
Yang membezakannya ialah cara setiap orang menghadapi ujian dan dugaan berkenaan. Jika ujian yang diterimanya itu dihadapi dengan penuh keimanan, ketaqwaan dan kesabaran, maka besarlah ganjarannya di sisi Allah s.w.t. Lebih besar ujian yang dihadapi, dan dia berjaya hadapinya dengan penuh kesabaran, maka lebih besarlah kemuliaan yang akan diganjari oleh sang Maha Pencipta.
Ketiganya, pergilah bertemu dengan mana-mana alim ulama dan pakar-pakar yang berkaitan dengan kejiwaan agar mereka dapat membantu trauma yang dihadapi. Dan perlulah ambil perhatian di sini, usaha menghilangkan trauma ini termasuk juga di dalam kategori menghadapi ujian dengan penuh kesabaran.
Kesabaran bukan bermakna membiarkan trauma terus menghantuinya. Antara maksud kesabaran ialah berusaha untuk menghilangkan trauma berkenaan.
----------------------------------------
Berikut ini adalah beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan kelebihan mukmin yang bersabar ketika ditimpa musibah:
Úä þ þÇáÍÇÑË Èä ÓæíÏ þ þÚä þ þÚÈÏ Çááå þ þÞÇá þ
þÏÎáÊ Úáì ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þæåæ þ þíæÚß þ þÝãÓÓÊå ÈíÏí ÝÞáÊ íÇ ÑÓæá Çááå Åäß þ þáÊæÚß þ þæÚßÇ þ þÔÏíÏÇ ÝÞÇá ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þÃÌá Åäí þ þÃæÚß þ þßãÇ þ þíæÚß þ þÑÌáÇä ãäßã ÞÇá ÝÞáÊ Ðáß Ãä áß ÃÌÑíä ÝÞÇá ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þÃÌá Ëã ÞÇá ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þãÇ ãä ãÓáã íÕíÈå ÃÐì ãä ãÑÖ ÝãÇ ÓæÇå ÅáÇ ÍØ Çááå Èå ÓíÆÇÊå ßãÇ ÊÍØ ÇáÔÌÑÉ æÑÞåÇ
Ertinya: Aku menemui Rasulullah s.a.w ketika baginda dalam keadaan tidak sihat. Aku menggosok baginda dengan tanganku. Aku katakan kepada baginda: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau benar-benar tidak sihat. Rasulullah s.a.w bersabda: Memanglah, apa yang aku alami sekarang ini adalah sama seperti yang di alami oleh dua orang di antara kamu. Aku berkata: Kalau begitu engkau beroleh dua pahala sekaligus. Rasulullah s.a.w bersabda: Benar. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Setiap orang muslim yang ditimpa musibah atau sakit dan sebagainya, maka Allah akan mengampunkan kesalahan-kesalahan dari sakitnya, sebagaimana daun yang gugur dari pokoknya (HR Muslim)
ÞÇá áí þ þÇÈä ÚÈÇÓ þ
þÃáÇ ÃÑíß ÇãÑÃÉ ãä Ãåá ÇáÌäÉ ÞáÊ Èáì ÞÇá åÐå þ þÇáãÑÃÉ ÇáÓæÏÇÁ þ þÃÊÊ ÇáäÈí þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þÞÇáÊ Åäí ÃÕÑÚ æÅäí ÃÊßÔÝ ÝÇÏÚ Çááå áí ÞÇá þ þÅä ÔÆÊ ÕÈÑÊ æáß ÇáÌäÉ æÅä ÔÆÊ ÏÚæÊ Çááå Ãä íÚÇÝíß ÞÇáÊ ÃÕÈÑ ÞÇáÊ ÝÅäí ÃÊßÔÝ ÝÇÏÚ Çááå Ãä áÇ ÃÊßÔÝ ÝÏÚÇ áåÇ
Hadis Ibnu Abbas r.a:
Diriwayatkan daripada Ata' bin Abu Rabah r.a katanya: Ibnu Abbas bertanya kepadaku: Mahukah kamu jika aku memperlihatkan seorang wanita yang menjadi calon penghuni Syurga? Aku menjawab: Sudah tentu. Ibnu Abbas berkata: Wanita berkulit hitam itulah, beliau pernah datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: Sesungguhnya aku diserang penyakit sawan babi atau gila babi. Aku ingin sembuh. Oleh itu berdoalah kepada Allah demi menyembuhkanku. Nabi s.a.w bersabda: Jika sekiranya kamu mahu bersabar bagimu adalah Syurga. Sekiranya kamu mahu sembuh, aku boleh mendoakan kepada Allah semoga Dia berkenan menyembuhkanmu. Wanita itu berkata: Baiklah aku akan bersabar, tetapi aku ingin sembuh, jadi berdoalah kepada Allah supaya menyembuhkanku. Nabi s.a.w akhirnya mendoakan untuknya. (HR Muslim)
ÞÇáÊ ÚÇÆÔÉþ þÝÅäí þ
þÓãÚÊ ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þÞÇá þ þãÇ ãä ãÓáã íÔÇß ÔæßÉ ÝãÇ ÝæÞåÇ ÅáÇ ßÊÈÊ áå ÈåÇ ÏÑÌÉ æãÍíÊ Úäå ÈåÇ ÎØíÆÉ
Ertinya: Hadis Aisyah r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap orang Islam yang tercucuk duri atau lebih dari itu, dia akan dicatatkan satu darjat untuknya disebabkan musibah yang menimpanya itu dan dihapuskan daripadanya satu kesalahan disebabkan musibah tersebut (HR Muslim)
----------------------
Berikut ini adalah saya nukilkan beberapa doa yang mudahan2 menjadi siraman jiwa yang resah. Hati yang gundah:
Ucapan/zikir ketika menghadapi kesusahan (HR Bukhari & Muslim):
áÇó Åöáåó ÅöáÇøó Çááøóåõ ÇáÚóÙöíãõ ÇáÍóáöíãõ¡ áÇ Åöáåó ÅöáÇøó Çááøóåõ ÑóÈøõ ÇáÚóÑúÔö ÇáÚóÙöíãö¡ áÇ Åöáåó ÅöáÇøó Çááøóåõ ÑóÈøõ ÇáÓøóãóæóÇÊö æóÑóÈøõ ÇáÃÑúÖö ÑóÈøõ ÇáÚóÑúÔö ÇáßóÑöíãõ
Ucapan ketika ditimpa kesusahan dan kedukaan (HR Ibnu Sunni, dipetik oleh al-Nawawi dlm al-Azkar. Dihasankan oleh sebahagian ulama, menurut Ibn Hajar):
þ ÃäÇ ÚóÈúÏõßó ÇÈúäõ ÚóÈúÏößó ÇÈúäõ ÃóãóÊößó Ýöí ÞóÈúÖóÊößó¡ äÇÕöíóÊöí ÈöíóÏößó¡ ãÇÖò Ýöíøó Íõßúãõßó¡ ÚóÏúáñ Ýöíøó ÞóÖóÇÄõßóº ÃÓÃáõßó Èößõáø ÇÓúãò åõæó áóßó ÓóãøóíúÊó Èöåö äóÝúÓóßó Ãæú ÃäúÒóáúÊóåõ Ýöí ßöÊÇÈößó¡ Ãæú ÚóáøóãúÊóå ÃÍóÏÇð ãöäú ÎóáúÞößó¡ Ãæö ÇÓúÊóÃËóÑúÊó Èöåö Ýöí Úöáúãö ÇáÛóíúÈö ÚöäúÏóßó Ãäú ÊóÌúÚóáó ÇáÞõÑÂäó äõæÑó ÕóÏúÑöí¡ æóÑóÈöíÚó ÞóáúÈöí¡ æóÌáÇÁó ÍõÒúäöí¡ æóÐóåóÇÈó åóãøíþ
:aklam
Sekian, semoga bermanfaat..
zain y.s